Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Ogos 30, 2012

Gula-gula

Rasa gula-gula adalah pelbagai dan biasanya berasaskan rasa manis, memang disukai oleh ramai orang. Sekali sekala cubalah yang pahit kerana ia biasanya adalah ubat.

Sabtu, Ogos 25, 2012

Tiong tetap tiong walaupun berbulu emas

Ahad, Ogos 19, 2012

Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar

Sayangilah orang-orang Islam itu kerana Islamnya. Janganlah membenci sesama Islam hanya kerana sedikit perbezaan pendapat di dalam fahaman politik. Sesungguhnya Neraca Allah adalah Maha adil, dan kita tidak layak menghukum sesiapa melainkan mencari apa sahaja kelemahan diri untuk diperbaiki Janganlah kita mengherdik sesama seagama. Sesungguhnya haram hukumnya mewujudkan perbalahan di kalangan sesama Islam/kita. Tolaklah sebarang persepsi politik yang boleh mendatangkan perpecahan di kalangan Ummat Islam. Ambillah Rasional A'qal dan Berpeganglah Dengan Tali Allah, Islam Yang Kita Anuti. Redhalah di atas nasib kita sebagai "Generasi Melayu" selepas era merdeka setelah generasi sebelum ini dijajah. Mungkin juga suatau rahmat tersirat yang pengetahuannya hanya di sisi Allah jua. Tuhan Melayu dan Tuhan semua bangsa, serta Tuhan Seru (Pemilik) Sekelian Alam. Selamat Menyambut Lebaran Suci 1 Syawal 1433 Hijrah. MAAF ZAHIR BATIN.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Matahari naik dari barat ?

Akhir-akhir ini selalunya Mekah terlebih awal sehari daripada kita dalam meyambut hari raya haji
(10 Zulhijjah) atau hari raya puasa (1 Syawal). Sedangkan Mekah berada lebih ke barat daripada kita (Malaysia). Kita yang tidak terlibat secara langsung ini agak kebingungan dan terasa agak ragu dengan Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki (1978). Y

ang dibimbangi kita masih berpuasa di hari yang diharamkan berpuasa seperti pada 1 Syawal. Di manakah hilangnya cerdik pandai kita dalam hal ini?....Bilakah akan selesainya perkara yang penuh membingungkan ini?

Rujukan : Sejarah Dan Amalan Merukyah atau Melihat Anak Bulan yang boleh dilawati;
http://www.kasihsalina.com/2012/07/sejarah-dan-amalan-merukyah-atau.html

Selasa, Ogos 07, 2012

Berhala yang mati vs patung hidup

Semasa zaman kanak-kanak kita sering diberitahu bahawa syirik itu adalah menyekutukan Allah dengan benda-benda yang lain seperti menyembah berhala. Setelah dewasa kita sering terlupa dan terlepas pandang dengan satu lagi patung hidup yang kita tidak menyembahnya, tetapi mengikut kehedaknya sehingga boleh terlupa dan terlanggar serta menolak  kehendak Allah dan Rasulnya. Syirik itu halus dan tersembunyi dalam gelap ...Asthagfirullahulazim.. Asthagfirullahulazim..  Asthagfirullahilazim..

Isnin, Ogos 06, 2012

jika itu lebih baik

Ada beberapa entry untuk items dan idea terkini terkarang dalam minda, tapi diam lebih menenangkan buat masa ini. Maka terdiamlah dulu ambo!