Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Mei 29, 2012

harta paling mahal

harta paling bernilai
bukan harta Qarun
bukan harta sementara hidup
tapi harta tersembunyi
harta selepas mati
kesimpulannya
carilah untuk hidup
tuntutlah untuk mati

Isnin, Mei 28, 2012

Tersembang di kedai kopi

Kesimpulan dari sembangan dengan beberapa orang rakan yang baru dikenali pagi ini ialah:

1. Bila beragama secara serba salah, maka nafsu dan duitlah yang menjadi tuhan
2. Bila beragama dengan hanya menekankan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji atau menjadi pak turut, maka belum cukup menjalani kehidupan terutama untuk membuat keputusan genting dalam membawa diri menuju tuhan
3. Mendengar dan belajar belum cukup, menuntut ilmu lebih penting dan utama
4. Orang melayu hari ini kurang ilmu sahadah, bagaimanapun peluang masih terbuka selagi kita ingin mencari dan menuntutnya.

Ahad, Mei 20, 2012

Membebel-bebel....pesanan penaja

Jika rakan atau pelanggan yang kurang suka dengan bebelan saya, ditambah dengan kurang arif berbahasa dalam tulisan saya...tak apa...mudah saja...jangan baca

Tiada paksaan

Dalam kefahaman tentang ilmu atau pegangan, jangan kita memaksa atau mendesak orang lain mengikut kefahaman kita. Kadang-kadang apa yang kita pegang dengan yang kita cakap tidak serupa. Kadang-kadang pula apa yang kita cakapkan pula tidak betul.
Perumpamaan mudah kita menyatakan "inilah harta yang mesti dimiliki", sedangkan kita menghunuskan sebilah pedang untuk rakan kita. Kita dakwa pedang itulah harta. Kita dapat menghuraikan dengan baik dari hulu hingga ke hujung mata pedang tersebut. bermati-matian dengan penuh yakin kita sebarkan maklumat tentang apa yg sebenarnya kita tidakpun faham. maka terpengaruh dan terikutlah seketika bagi mereka yang kurang tahu. Namun ramai juga rakan menjauhi kita takut-takut terkena mata tajam yang kita selalu asah.
Bagi orang yang memiliki harta pula, ia tahu bahawa kita tidak memiliki hartapun. Dalam hati mereka...Eh..eh..kalau dilayan akupun jadi kurang cerdik pula!

Jumaat, Mei 18, 2012

RM 7,000 DAN RM 25,000

BLUE CEYLON SAPPHIRE
Anggaran 6.5 cts
RM7000 (harga tetap)






















ZAMRUD COLOMBIA ASLI
KIRI : RM 7000 (harga tetap)
KANAN : RM 25,000 (mungkin dapat dirundingkan sedikit lagi)

 RM 7000

 
UNTUK PEMBELI TULEN @  SERIOUS BUYER ONLY

ambil faham tanggung jawab sendiri

nak faham sesuatu yg kita belajar kena bertanya, kena berbincang, perlu hayati jika tempat yg memerlukan penghayatan. kena buat apabila perlu. 
contohnya jika orang kata zikir hati dalam tarikat itu sesat, jangan cepat nak cabut lari. apa itu tarikat? kan ia jalan menuju Tuhan. jalannya melalui hati, kerja hati. sebab hatilah yg Tuhan pandang pada kita
satu hal lagi setiap kita bukan orang awam. bahkan pada setiap rumput tidak ada satupun yg serupa. inikan kita manusia, nafsu-nafsi masing-masing, tanah kubor masing-masing. Mana ada kita dikuborkan dikuburan "awam", nanti malaikat bersoal jawab untuk awam pula, semuanya khususi. kita tanggung jawab kita.

Rabu, Mei 16, 2012

Guru berguru


Guru… renunglah
Apalah indahnya bahasa, walau seindah kias Fansuri
Jika kita hanya cakap dan dakwa, belumpun sampai ke maqam rasa
Untuk bermukim dengannya
Ingatlah pakaianmu pakaian kemanusiaan
Abadikah kejayaanmu yang kau ada ? atau
Sudah cukupkah ilmu di dada ?
Atau kau masih dalam mencarinya
Demi hidup yang hanya sekali,carilah ilmu
Untuk kau memulakan langkah perjalanan
Carilah guru sebenar-benar guru
Agar terkunci segala kehebatan diri
Tidak lagi mampu bergerak, walau sezarah ruang walau sedetik masa

Ketika orang lain sedang sibuk mengira harta
Kau menilik nilai miskin dan papa
Sementara mereka rasa terangkat mulia
Kau menilai fakir dan hina
Dalam riuh rendah mereka bersaudara mara
Kau bersunyi yatim dan piatu
Di kala mereka berkudrat berkuasa
Kau tenggelam dalam dhaif nya hamba
Semoga di suatu ketika orang lain meratap hiba, kerana menangisi pemergianmu
Harapnya di saat itu engkaulah yang paling bergembira dan bahagia
Menyambut perayaan yang paling bermakna
Bertemu kekasihmu yang sebenarnya.
Selamat berguru dan Selamat hari guru

Ahad, Mei 13, 2012

Jatikanlah dirimu di sebalik nama

Manakah yang lebih penting ?
Melayu di sebalik Islam  atau
Islam di sebalik Melayu        

Jawablah sendiri....
Peringatan:
Persoalan ini adalah untuk kita mentelaah diri sendiri, dan langsung tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik

2 utas tasbeh kemuning hitam berkualiti utk perhatian rakan


Sabtu, Mei 12, 2012

Cerita benar daripada seorang rakan - telah diadaptasikan....

Kota Bharu, Jumaat, 11 May 1012, Seorang tukang cakap tanpa amal, A bersua muka dan telah bersemeja dengan seorang yang sedang "dalam perjalanan", B. Pelbagai isu mudah sehinggalah kepada isu-isu  yang dianggap tahap tinggi tersembur keluar daripada tukang cakap A. secara ringkasnya adalah seperti berikut;

A ; Banyak faedahnya, dapat mengajar, mempengaruhi iklan dalam berniaga, melariskan jualan, dan seribu satu guna....
B : teruskan cerita dan pendapat tuan
A : Ilmu Ketuhanan amat tinggi....bla...bla...bla.......zat, sifat, asma, afaal...bla..bla..bla......syariaat, tarikat, hakikat, makrifat.......bla..bla..bla..barang nak pasti dapat barang hajat pasti tercapai.
B : Hebat-hebat. Satu soalan sahaja saya nak tanya, jika tuan dapat jawab, kira saya berpuas hatilah dengan tuan. Jika tuan tak dapat menjawabnya, tuan kena mengaji lagi....
A : Apakah soalan itu ?
B : Apakah benda dalam dunia ini yang ada isi tak ada kulit ?
A : Buah gajus, ...bla..bla...bla...
B :  belum, jawapannya salah.
A : Baulu....bla...bla...bla....
B : Salah, bukan, salah....
A : Saya mengaku tak dapat jawab
B : Tuan cakap pasal hakikat sembahyang, tapi tuan tak sembahyang, sembahyang pakai niat shj seperti dalam cakap tuan tadi. Hakikat tanpa syaria'at hampa. begitulah dengan isi tanpa kulit..Dalam dunia ini, hanya satu sahaja benda yang ada isi tak ada kulit. 
A : Apa dia?
B : tahi....
A : terngaga ?!?!..

Cincin Delima Burma Asli Permata besar

 Maklumat lain akan dimuatkan kemudian





Dua golongan saja

Pilihlah sendiri nak masuk golongan mana. Golongangan suka cakap atau golongan melakukan kerja. kantoi atau kejayaan menunggu di hadapan....Selamat memilih

Delima Afrika Asli

Sila rujuk cincin kecil gambar bawah;
Warna batu - merah tua.
berat ~ 2 cts
Saiz cincin 16, ikat perak, berlian swiss
RM 130/= termasuk pos dalam Semenanjung.

Jumaat, Mei 11, 2012

Amber mentah asli dari Republik Domanica

Jika rakan nak satu, kita jual satu. Jika nak borong semuapun, kita kira harga borong...untuk harga sila sms atau email.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih guru, mahaguru, guru pendita, adiguru...

Beterima kasih kepada guru bermakna mengamalkan apa yang guru perintahkan. Kadang-kadang kehebatan pada guru menjadi ujian kepada kedua-dua pihak. Sebagai murid janganlah kita tersilap makan, dedak dan baja dalam denak guru juga hanya untuk menyatakan kehebatan dan kelebihan Tuhan jua. Jangan punahkan niat asal kita berguru...

WAW....Air tangan Pok Ku Din....

Sebahagian hasil kerja separuh siap daripada Pok Ku.
TIDAK UTK DIJUAL


Tersilap puja

Asalnya niat berguru nak cari tuhan, nak kenal tuhan, nak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah S.W.T. Bila dah dapat lihat dan menghayati kehebatan guru, dia pegang batu, batu jadi emas, kayu jadi perak, maka takwa beralih arah pula. Lain yang dicari lain pula yang dipuja. Bila guru mati mulalah jadi macam anak ayam hilang ibu atau kucing hilang anak. Ingatlah guru zahir juga manusia biasa walau macamana hebatpun ia tetap meninggalkan kita apabila sampai masa. Bahkan Rasulullah S.A.W pun wafat juga. Maka kesimpulannya carilah yang Maha Hidup yang pasti tidak akan mati. Pujalah kepada yang Selayaknya, rindulah kepada yang Selayaknya. Bertakwalah... Bermukimlah.... Berhentilah dari mendakwa...Berhentilah daripada bercakap kehebatan si anu atau si polan bahkan kehebatan guru kita. Bila lagi mahu memulakan perjalanan kita sendiri..... Ingatlah seperti kata sahabat bukan dengan dakwa tapi dengan rasa....

Khamis, Mei 10, 2012

 Jam klasik 1970 an buatan SWISS   
" DIANTUS "   
Bikar bersadur emas (s/e) WIND-UP WRIST WATCH
 warna muka : perak, lebih cerah dari gambar
 Bodi bulat 30mm bertulis 
" DIANTUS DE LUXE " : 
ANTIMAGNETIC : SWISS MADE :
s/e utk jarum jam, minit dan saat :
33mm GOLD PLATED CASE IN GOOD CONDITION 
Terdapat kesan calar dan pudar warna sadurannya
Terdapat sedikit kesan calar pada cermin sesuai dengan usianya
penutup belakang adalah bahan stainless stell bertanda
: " SWISS MADE : 3123 "
Tali kulit 18mm warna hijau tua
Tali  8"

SWISS MECHANICAL MOVEMENT (kunci), GOOD WORKING ORDER AND KEEPING ACCURATE TIME

( RECENTLY CLEANED & RE OILED )

A CLASSIC CIRCA. 1970's GENTS G/P WRISTWATCH 
daripada sedikit maklumat jam buatan Swiss

Harga RM 230/= termasuk pos dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Rabu, Mei 09, 2012

mencari atau memilih guru.....

Kita mencari-cari, kita memilih-milih mana satu guru yang mursyid. Mereka juga menilik dan menilai kita, bahkan jauh lebih hebat daripada kemampuan dan keupayaan kita, kerana mereka terbimbing, tembus pandang. Sebab itulah setiap kali seorang murid lari meninggalkan perguruan seumpama ini, maka guru akan menangis mengenangkan keupayaan muridnya "membawa diri".  Sebelum kita lari kenalilah dulu diri kita dan guru kita terdekat yang mampu; Ada jenis guru yang pegang sudu, sudu jadi emas. Ada pula seselamba manusia biasa, namun perjalanan mereka sering bertepis fitnah. Tanyalah niat hati kita, apakah yang kita nak ?, nama? pengaruh? tujuan asal berguru?............sebaik perjalanan adalah dengan kita tak nak apa-apapun, melainkan redha, rahmat, dan kasih sayang Tuhan, serta syafaat RasulNya.

Selasa, Mei 08, 2012

Entahlah gu !!!

Salam  untuk semua pengunjung blog cincinrings. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah ditaburkan kepada saya selama ini. Buat pengetahuan rakan saya masih lagi belum begitu bersedia untuk memuatkan entri berupa barangan. Jika masa agak sesuai harap saya dapat meletakkan "item/s" yang munasabah...
Terima kasih, Wassalam, dan Selamat maju jaya.

Tikam menikam

Bertikam lidah untuk memenangi dan menambah pengaruh tidak akan ke mana-mana. Apatah lagi untuk menegakkan benang yang basah. Kadang-kadang isu yang diketengahkan melibatkan persoalan genting ; politik, akidah atau usuluddin...cukup mengharukan dengan tabiat yang menambahkan musuh dan dosa kering ini. Oleh kerana fikiran selalu suka dipuji maka semburan terkeluar dimulut semakin menjadi-jadi. Kenalilah nada percakapan membenci, menghina, mengampu, memusuh, atau sebaliknya nada memanggil dalam kasih sayang sesama insan. Muzakarah penting yang kurang menariknya cepat melatah dan melenting.

Beratkanlah lidah

Berfikir sebelum terlepas kata kerana bila dah terucap, kata mesti dikota....niat, kata, buat, bukan semudah menelan air liur

Ahad, Mei 06, 2012

Cakap siang pandang-pandang

Seorang sahabat selalu berpesan, ilmu bukan untuk kita tunjuk pada orang, tapi untuk diamalkan. Tengah hari  tadi sambil-sambil minum dengan beberapa orang rakan di Dataran Siti Khadijah, datanglah seorang muka baru yang cukup hebat bercakap, tinggi pula nada suaranya, berguru dengan tok guru tersohor tak terbilang sana-sini, tok wali itu dan tok wali ini, dan pelbagai tok-tok lagi yang mengkagumkan, tak cukup dengan itu Sheikh Abdul Qadir Jailani turut dilibatkan sebagai tok guru...Aduh terasa serba kekurangannya diri ambo berbaur rasa malu dengan mata telinga di sekeliling....Dalam kawan ini tinggi meninggi suara, ada pula rakan yang bersimpati mencelah, setinggi manapun kita ada ramai agi yang jauh lebih tinggi dari kita,...kira kiamat diri dulu kiamat besar letak nombor 14 tak apa, berani cakap berani buat berani tanggung berani jawab....habislah iklan...sunyilah dentuman guruh di tengah hari....masing-masing beredar pergi bersama perasaan sendiri

Jumaat, Mei 04, 2012

Abadikah kejayaan manusia ?

Setiap kali kejayaan yang kita raih akan mendorong kita untuk terus meraihnya. Samada kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi pastinya akan mematangkan kita. Matang merupakan suatu rezeki yang besar dan  anugerah tak ternilai kepada diri. Jangan pula terlalu asyik mengecapi hasil kejayaan yang telah kita capai, kerana ia akan merigidkan kita. Lihat dan telitilah apakah hasil yang kita telah perolehi itu bersifat abadi atau sebaliknya.....carilah sesuatu yang diharapkan hasilnya bersifat abadi, ingatlah keupayaan sesaorang manusia yang Tuhan kurniakan amat tinggi, sesuai dengan sifat mulia manusia kurniaanNya. Hargailah kurniaan Tuhan yang kita sebagai "manusia".

Sejauh mana matangnya politik rakyat Malaysia ?

Rakyat hanya ada satu hari sahaja untuk menentukan kepimpinan kerajaan, iaitu semasa hari membuang undi. Sedangkan pemimpin-pemimpin memiliki lebih kurang empat tahun, 364 hari x 4 tahun, iaitu 1456 hari untuk menentukan keadaan rakyat, serta hala tuju negara kita. Rakyat yang bijak akan mengambil kira semua pengalaman lepas bersama pemimpin mereka serta kepimpinannya. Tak terkurang pula melihat dan menilik visi serta misinya. Bijak atau lemahnya keupayaan memilih pemimpin bergantung kepada keampuhan senjata yang ada pada rakyat itu sendiri. Apabila rakyat merasakan mereka telah dipolitikkan oleh pemimpin, maka tidak salah jika rakyat pula mempolitikkan pemimpin mereka. Hari yang paling mendebarkan sesaorang pemimpin pastinya hari penentuan keputusan pilihan raya, dipilih atau dibuang. Sebagai rakyat yang bijak pastinya akan menentukan kepentingan awam diutamakan, terlebih-lebih lagi kepentingan setiap diri rakyat, bukan untuk kepentingan golongan atau individu yang tertentu sahaja. PRU ke 13 nanti akan menterjemahkan kepada kita dan dunia sejauh manakah matang dan bijaknya politik rakyat Malaysia. Selamat membuang undi dalam PRU 13.

Selasa, Mei 01, 2012

Tasbeh Kemuning hitam untuk perhatian rakan ...7073232

Tasbeh di sebelah kiri adalah yang diupload sebelum ini (33biji).
Yang sebelah kanan pula adalah 100 biji ( 33-34-33) yang saya bagi tahu tuan semalam.