Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Januari 27, 2012

Ke dalam diri

Naluri keinsanan itu cantik dan indah. Teras atau intinya kesempurnaan. Ada orang perlu menyental keras dan lama untuk melihat atau mendapatkannya. Mungkin kursus intensif (menuntut) diperlukan bergantung kepada keperluan sesaorang. Ia seperti belajar beniaga dan mencari harta. Kita mungkin rugi sedikit, rugi besar, untung sedikit, atau untung besar. Cuma arahnya terbalik menongkah arus dunia.

Khamis, Januari 26, 2012

Rabu, Januari 25, 2012

Di antara peribahasa yang kerap disilap faham

1) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Sepatutnya : Harapkan "pegar", "pegar" makan padi
(pegar atau pgar = burung pemangsa musuh padi , ejaan asal/jawi = Pa Ga Ra = pegar atau pgar)
Lagipun orang dulu-dulu tak buat pagar untuk lindungi sawah padi, dan pagar tak munasabah nak makan padi.

2) Melepas batok di tangga
Makna "batok" = gayung bukan batuk
Orang dulu-dulu meletakkan batok (gayung) dalam tempayang, untuk basuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ada pula orang yang buat acuh tak acuh akan meletak (campak) batok di tangga selepas gunakannya dan bukan dalam tempayang

Zamrud Colombia Asli AAA (Real Gentle Colombian Emerald Colour)






















saiz cincin no 16, permata 8.xx cts.....mahar RM 7999/= 
mini report disertakan. sila email jika tuan berminat... 
...Warnanya maTang...ofFerNya terlaRang...

Pengisian majlis

Kita harus meninggalkan suatu majlis yang penuh dengan gelak hilai dan ketawa. Apatah lagi jika tujuan kita ke majlis tersebut adalah untuk tujuan baik dan kebajikan, bukan pula untuk bergalak dan berseronok. Perlu kita ingatkan diri sendiri bahawa hiburan dalam naluri keinsanan adalah apabila hiburan itu dapat menambahkah rasa takut dan taqwa terhadap Allah S.W.T.
Gelak hilai dan ketawa akan menambahkan bilangan anak-anak setan tanpa kita sedar. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita harus senantiasa sedar (kaba) tanpa alpa (lupa). Ketika kita ketawa lebih-lebih bila pula hati mampu ingat dengan zikir, bila pula kita mampu fikir dalam zikir, atau zikir dalam fikir. Bila lupa bagaimana pula Hidayah Allah akan kita kecapi. Kesimpulannya keadaan sedar ketika ramai atau bersendiri amat penting.

Selasa, Januari 24, 2012

Blue Ceylon Sapphire

Body Cincin AAAAA aloi emas putih Kelantan (bukan Platinum)
Saiz cincin = 16.5

Tambah kapsyen
RM 1450/= termasuk pos
Tambah kapsyen

Isnin, Januari 23, 2012

purplish wax (berlilin ) Ceylon Sapphire

Cincin aloi 985
Berlian Swiss 2.0 sisi kiri dan kanan
Saiz cincin = 16.5
Permata = 8.5 x 7.2 x 5 mm ( 2.87 cts)
sold


RM 900/=
termasuk pos

Khamis, Januari 19, 2012

19/1/12 : Jam ~ 11 malam Jumaat

Al-Fatihah...
Bapaku Ibrahim Bin Mamat kembali ke Rahmatullah...Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T
Selamat disemadikan di Kubur Beka', Wakaf Siku pada 20/1/12 ~ jam 11.40 sebelum Sembahyang Jumaat.

Rabu, Januari 18, 2012

Penjual jarang berada di dalam kedai

Kebelakangan ini saya lebih sibuk di luar kedai. Bila balik rumah dan letih saya tidur. Sesekali ada idea saya menulis...Tapi untuk entri baru anggaplah penjual sedang bercuti sementara ini...Terima kasih

Apa yang kita cari

Berkatalah kepada Yang Mendengar bukan kepada yang tuli. Perlihatkanlah kepada Yang Melihat bukan kepada yang buta. Merayulah kepada Yang Sudi bukan kepada yang pembenci...dalam hidup ini apa yang kita nak buru, nak cari. Carilah yang Ada jangan dicari yang tidak ada. Rugilah kita jika rasional aqal ditolak ke tepi.  Mencari yang tidak ada memang sukar kerana sampai ke bilapun ia tetap tidak akan ketemu. Mencari Yang Ada diharap sekurang-kurangnya  kita dalam senaraiNya yang sedang mencari...Dalam mencari Yang Hidup bukan yang mati, bekalkanlah dengan kesungguhan (tohid)

Jumaat, Januari 13, 2012

Green Tourmaline

Tambah kapsyen
saiz cincin 18. body perak gigi suasa.
permata 8 x 6 x 4 mm
RM 360


Tambah kapsyen

Rabu, Januari 11, 2012

Delima Burma Asli body suasa

saiz cincin  17.5
berat batu 2.5 cts
RM 1400/=
NOT AVAILABLE 






Isnin, Januari 09, 2012

Perhatian.

Buat masa ini saya benar-benar kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan beberapa orang rakan termasuk Cik Siti. Ekoran itu saya mohon maaf di atas kelemahan saya kali ini...entri yang terbaru yg telah dimuatkan inipun kebetulan kerana gambar-gambar items yg sudah diambil/edit. terima kasih

Delima burma asli body suasa

Tambah kapsyen



















permata delima burma  asli ~ 3 cts. body suasa pahat jawa saiz cincin = 19 RM 950
NOT AVAILABLE 


Sabtu, Januari 07, 2012

contoh ikatan dengan batu JJ
















Saiz cincin 19 berat batu ~ 15 cts RM 500

renung diri

Jika tanpa amalan semasa hidup, cukupkah dengan mengharapkan belas kasihan orang lain seperti hadiah Al-Fatihah dan ratib mereka apabila kita tiada. Kita ambil pedulikah dengan kewajipan beragama serta kebajikan lain seperti zikrullah dan perkara yang sepatutnya. Halal haram kerja buat kita ?, jarang insan mahu menegur, apatah lagi apabila mereka merasakan diri mereka juga serba kekurangan. Maka kitalah sebaik penegur kepada diri kita sendiri.

Selasa, Januari 03, 2012

Yatim

menyibuk memang bukan yatim, sibuk juga belum tentu yatim, tapi yang yatim pasti sibuk.

Sindir

semasa memandang, alam kerap menyindir
semasa tersindir, fikiran selalu terkeliru
semasa terkeliru, manusia kerap tertipu
semasa tertipu, kebenaran menyedarkan diri
ketika sedar.....kenalilah watak pak pandir kita, isihlah
semasa mengisih, perhaluskanlah
diharap dalam gagal kita masih lulus

Isnin, Januari 02, 2012

Naluri manusia dari sindiran secawan kopi


Manis itu adalah matlamat yang tidak kelihatan, Namun bayangnya ada di dalam gelapnya duniawi. Seperti bayang maya jernihnya gula dalam kopi. Dalam naungan kehitaman ada naluri kejernihan pada diri manusia. Intailah ia...Bermukimlah.

Ahad, Januari 01, 2012

Made In-Cherang, Kota Bharu Kelantan.

SEMPENA TAHUN BARU 2012
Pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan !!!...
Semua permata Delima Burma asli ini adalah diikat dengan Aloi-stainless stell (rustfrei), merupakan "body" cincin yang keras dan tahan lasak. Mahalnya cincin ini bukan kerana harga bahan Aloi-stainless stellnya, tetapi upah ukirannya yang tinggi kerana kekerasan bahan. Gaya ikatan atau corak "body" ini juga adalah agak terhad kepada saiz permata kecil dan sederhana. Tukang atau pembuatnya meminta bayaran yang lebih berbanding daripada perak biasa. Harga (upah ikatan sahaja) boleh mencecah sehingga RM 350 - 400 tak termasuk harga batu permatanya. Tercalar (Menelah) tangan tukang jarang orang tahu. Untuk makluman rakan ini adalah yang pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan, merupakan buatan tangan 100%. Sekalung Tahniah kepada Che Ba di atas inovasi terbarunya.........

Murnikan

Dalam menjaga hati yang manis tidak terus ditelan, yang pahit tidak terus diluah, yang bisa dan berbahaya pula tidak terus dibunuh, sebaliknya ditangkap dan dibuang jauh-jauh dari kelompok ramai. Yang baik jangan dihitung-hitung, yang buruk disempadani. Yang banyak disatukan, dan yang satu pula diEsakan.

Banyak dan pelbagai adalah pada nama dan feal, seperti apa yang kita dengar dan lihat. Banyaklah berbilang  pada sifat, seperti wujud, hayat, qalam, samaq, basar dan lain-lainnya. Satu pada diri "Pemilik Empunya Diri". Sementara mengesa itu tugas hamba dalam urusan kembali kepada Tuhannya. Dengan berhipotesis dan berteori sahajakah?, tidak...tapi dengan tasdiq(niat), kata, dan buat, yang menjadi amalan sepanjang masa. Berpanduankah?, ya! bersandarkan Al-Hadith dan Al-Quran..

Untung baik dan untung jahat itu bagaimana pula?...itu urusan Tuhan!!!!. Janji kitakah yang benar ?, bahkan janji Tuhanlah yang Maha Benar. Urusan kita ialah melangkah kepadaNya...berlari, berjalan, bahkan merangkak sekalipun....

 Terserahlah kepada diri sendiri dalam mencari berkat dan kebajikan dalam bekalan kembali.