Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, November 28, 2011

Sifat bergarap sikap

Anggaplah benar bahawa sifat yang harus ada pada seorang murid ialah tak pandai, tak reti. garapkanlah dengan sikap patuh, jujur, bersungguh-sungguh dan disulami dengan ciri-ciri murid yang disenangi. Guru  menilik sebelum memilih kita sebagai muridnya. Kerana tugas mereka amat berat. Itu juga ujian untuk mereka meneruskan perjalanan.....Doh nama murid kita kena "kaba", cuba elak "tebola'h". Pantang kepada murid biasanya jangan sekali-kali menguji atau mengajar apatah lagi mencabar  guru.... Muridlah yang biasanya diuji atau sekali-sekala patut dicabar.

Ahad, November 27, 2011

Amaran demi amaran

Apabila kita mengkhinati sesaorang bermakna kita juga telah mengkhianati diri kita sendiri. Kadang-kadang kita diminta secara lembut untuk membetulkan kesilapan, kadang-kadang diperli, kadang-kadang ditegaskan oleh orang yang kita khianati. Perhatikanlah bahawa itu semua merupakan peringatan atau amaran kepada kita. Bila kita keterlaluan terhadap orang yang lemah bermakna kita sengaja mendekatkan mereka kepada TuhanNya, yang juga Tuhan kita. Ingatlah jangan sampai murka Tuhan menjamah kita....Hancus!!!

Offer Sempena Awal Muharram 1433H



Baris 1: Gambar atas dari kiri 1, 2, 3, 4, 5, 6 masing-masing adalah amethist, delima afrika, citrine, tourmaline, garnet & delima burma. Saiz no : 16, 17, 15, 17, 17, 18














Baris 2 : kiri ke kanan 1, 2, 3, 4, 5, 6. Saiz no: 16.5, 16, 15.5, 17, 16, 16.5
Baris 3/atas : kiri ke kanan 1, 2, 3, 4, 5, 6 - Saiz no.: 17, 16, 17, 17.5, 16.5, 15.5
Baris 4/atas & bawah : kiri ke kanan 1, 2, 3, 4, 5, 6- Saiz no: 15, 16, 17, 17.5, 17, 17


Baris 5/atas & bawah : kiri ke kanan 1, 2, 3, 4, 5, 6- Saiz no: 17.5, 17, 17, 17, 15, 15

Baris 7/atas & bawah : kiri ke kanan 1, 2, 3(RM 170), 4, 5, 6- saiz no: 15, 19, 15, 18, 16, 18.5
Jika sempat saiz akan diletakkan kemudian

Jarum Emas
Saiz no: 17
(RM110)
SOLD
En. Hilmi, T. Intan, Perak

Delima Burma
Saiz no: 18
(RM 110)
SOLD
 En. Hilmi, Perak                                                                                                   













SEMPENA AWAL MUHARRAM 1433 KALI INI...
HARGA OFFER GULING-GULING & TETAP =  RM 100/pc, 
kecuali yg telah tertulis dengan jelas di bawah foto berkenaan

Jumaat, November 25, 2011

Streamyx Oh streamyx......

Kabel dah kena curi, itu diberitahu oleh pekerja telekom kpd sy...normal bagi doktor sendiri, menyuntik, mencucuk atau pil kuda sambil mencuri, sambil menyelam sambil minum air, akhirnya lemas sendiri. kita juga terkena tempiasnya... maaf dipinta kerana kerja upload menjadi semakin terganggu.

CHICAGO CUTLERY - Material dari Beverly, buatan Taiwan....tajaaamM !!!!

Buatan Taiwan
Difahamkan oleh pembekal kepada saya bahawa bahan stainless steel dibekal dari Beverly, US.
Tapi ia bukan keluaran Chicago Cutlery Company. Dibuat di Taiwan.

Panjang mata 5.5"

Sangat bagus utk melapah atau pisau dapur
RM 70

Isnin, November 21, 2011

Gajah oh gajah.....

Bila terlalu kerap terlanggar gajah di depan mata, tak kira gajah besar atau kecil, gajah induk atau anak gajah, waima cucu cicit gajah kurus sekalipun, itu adalah lebih baik kepada kita dalam usaha mengenali diri. Jangan kita sibuk dengan kuman di seberang lautan.

Tajam dari Solingen


Panjang mata ; 3 6/8 ", keseluruhan 8 2/8 "















RM 260 termasuk pos

Ahad, November 20, 2011

Masalah Internet belum pulih sepenuhnya.

Jika ada urusan tersekat-sekat dengan rakan dalam masa terdekat ini, diharap sedia maklum. Almaa'lum dengan sedikit masalah saya terkini. Terima kasih

Mencari yang putih dalam kehitaman

Kenalilah niat, perkataan, dan perbuatan, selarikanlah amalan dengan tuntutan bathin dan syariat.  Berat dalam menanggung sabar!, elakkan kesalahan berulang!. Apa ? tak terbuat !!!, nasiblah!....tanggonglah sendiri!!!. Atau adulah kepada diri sebenar diri.

Sabtu, November 19, 2011

jiwa raga

Raga merujuk kepada badan dan hal-hal dunia, ia penting kepada kita kerana tanpanya tak mungkin roh dapat memegang cangkul untiuk buat kerja. Tak ada roh bersendirian membajak sawah. jiwa pula merujuk kpd roh, hati dan hal batin serta akhirat, amat penting dimandirikan kerana ia menjalani laluan tanpa batas masa dan ruang. Dua pada sebut satu pada wujud. tak boleh berpisah saling berkamir. terpisah ia terkubur kita. Ikut hati mati, mati, mati...mati sebelum mati. Bila ?

Kelewatan pos barang

Saya InsyaAllah akan membuat pengeposan items tertentu yang sudah agak lewat diposkan, kebetulan alamat rakan terdiam dalam internet yg baru dapat atasi. Harap maklum dan maaf

made-in Solingen, Germany



Tambah kapsyen











Panjang mata : 3.25" bhg paling lebar:1" Panjang keseluruhan 7 6/8"
RM 260

Jumaat, November 18, 2011

Sudah 3 Hari Dah

Saya minta maaf kerana ada masalah internet dan tak dapat berurusniaga spt biasa. InsyaAllah perniagaan saya akan seperti biasa apabila masalah ini selesai . Kepada sesiapa yg sedang atau ingin membuat tempahan khususnya cincin, sila emailkan alamat seperti biasa, fauzi.zi.ibrahim@gmail.com atau sms ke 0139277371. Sekian untuk makluman & terima kasih

Sabtu, November 12, 2011

Nilam Burma asli

~ 23 cts
Saiz cincin 21                     SOLD



















SOLD





































SOLD
RM 1,600/= termasuk pos

Jumaat, November 11, 2011

Zamrud Colombia asli

~ 30 cts.               HOLD
























































RM 6,500/=

Rabu, November 09, 2011

PADAN MUKA

Bila kita buat perkara yang bersalahan, lalu terkena balasan yang setimpal, jangan tunggu dari mulut orang lain, biar kita dulu yang kata "padan muka aku". Berani buat berani tanggung.

Selasa, November 08, 2011

Pisau dari pakistan









Belum diasah sepenuhnya. Bahagian utama ulu adalah drp tulang, sedikit plastik, dan tembaga.
Kelemahan;
bahagian pergelangan kulit  pemegang (butang katup)
tidak kemas memegang ulunya, perlu dimodified sendiri.
  • sila lihat gambar ini.
Panjang mata 5.5", bahagian tajam yg boleh diasah 4.5",Panjang keseluruhan 9.5". RM 170 termasuk pos




























Isnin, November 07, 2011

Sudah dimiliki

Milik En. Mohd Hafiz, Terengganu
























Milik En. Hilmi, Perak

Sabtu, November 05, 2011

Tajamnya pisau sembelih, melapah dan menyiang.

Dari leher, pisau ditarik dan ditolak, selepas menggelupur dan hilangnya nyawa binatang sembelihan, maka pakat ramai-ramai menyiangkannya hinggalah ke menanam saki baki yang tidak boleh dimakan. Berapa banyak lembu yang tumbang di ke empat-empat pagi tersebut.... Berapa ramai pula yang telah melihat darah sembelihan yg mengalir....... Dan persoalan terakhir berapa ramai pula tajam hatinya untuk sampai ke maqam Taqwa seperti yang diharapkan. Labbaikallahhummalaibaiq ... InsyaAllah,  Wallahhua'lam. Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahailallah Wallahuakbar

Khamis, November 03, 2011

Mengecap pengalaman

Sedikit pengalaman rohani yang dikecapi bukan untuk mengembangkan dada, meluaskan lubang hidung macam cerobong kapal, tapi untuk dilayari dan disyukuri. Bahkan kita tetap diuji selagi  masih bernyawa. Lihatlah  ia sebagai suatu bentuk pengalaman ilmu yang baru untuk acu cuba try test. Ia adalah anugerah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sememangnya bukan hak kita. Ia sekadar sekelumit untuk menyatakan kepada diri sendiri bahawa itu adalah ilmuNya dan kuasaNya yang memang sementara dalam sementara kepada kita dalam menuju kematian. Semakin kita tahu semakin banyak lagi yang kita tak tahu. Akhirnya menjadi aku tak tahu. Tak tahu dalam sifat TahuNya bahkan Maha Tahu Tuhan.

Rabu, November 02, 2011

cincin Perak Jay-Jay

Saiz Cincin = 20, Saiz batu = 12.5 x 9 x 4 mm

RM 170 termasuk pos