Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Ogos 30, 2011

Mengaum biarlah bertempat

ada juga jenis juragan yang tidak kenal makhluk sekeliling, masuk kandang kambing mengaum. masuk kandang lembu, mengaum. dalam kandang kerbau...mengaum....ish ish memang amat peliklah jika tempat manusia berlatih menembakpun  dia asyik mengaum juga.

kaba ko tidok

jika dalam sembahyang kita sedar, maka InsyaAllah kita juga sedar semasa di luar solat. maka sebelum solat kita semak dulu ....kaba ko tidok....

beretika lebih sopan

terlajak cari laris kita kadang-kadang tidak kenal tempat. iklankan barangan kita dalam kedai orang. sudah tiada ruang kosongkah kita punya kedai sampai melimpah ruah ke kedai jiran. kesian dengan dia orang sampai tiada ruang untuk berpijak dan melangkah kaki di dalam kedai sendiri. ish..isH..iSH...

Isnin, Ogos 29, 2011

MAAF ZAHIR BATIN

Salam buat semua pengunjung.
Semoga puasa tuan dan kami seluruh keluarga diterima Allah SWT. Maaf Zahir Batin dan Selamat menyambaut Hari Kemenangan...

Sabtu, Ogos 27, 2011

Mewah dan bertuahnya bumi Malaysia

foto pada 26/8/11 - emas di tepi jalan






Teringat pula sejarah jatuhnya Kota Melaka dulu...

Aie !!!....Syiekh dari Timur Tengah pun ada juga....
bertuahnya Bumi Malaysia

Rabu, Ogos 24, 2011

Jika terlewat respon

Saya minta maaf kpd rakan yg bertanyakan stok bagi items/permata tertentu. Kadang-kadang saya memang terlupa atau terlepas pandang SMS atau e-mail yang telah agak lama. Harap rakan tidak serik di atas kecuaian saya.
Terima kasih dan selamat berjaya

Selasa, Ogos 23, 2011

Hal dan cerita

Usah bawa hal dan cerita serta aib orang dalam hidup kita. Tetapi bawalah hal, cerita dan aib sendiri untuk kita renung dan kaji. Kaji mengkaji memantapkan kita dalam melangkah hidup untuk esok dan masa mendatang. Utamakan yang penting kepada diri, jika kita nak pening pun untuk diri kita juga. Hal orang lain dia punya pasal

Jumaat, Ogos 19, 2011

Masalah peniaga batu permata bumiputera di KB semakin parah kerana kehadiran mereka


Sunday, February 06, 2011

Bila mereka mula berleluasa....


Sedih juga mengenangkan nasib peniaga-peniaga permata Melayu di KB. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, jualan semakin slow tambahan pula kehadiran penjual-penjual haram dari Myanmar merumitkan lagi keadaan. Segenap lorong dan tempat jualan permata kini dikuasai oleh mereka. Apa sudah jadi dengan agensi penguatkuasaan. Kalau sama bangsa pun tak boleh tolong... susahlah.

 Bolehkah kita nak berniaga bebas begini di tempat mereka ?
 Jika di Mekah kita langsung tak boleh berniaga begini...teruk dan hina kena halau
 Nak berniaga di Petaling Street ??? - maaflah kalau melayu yang tak power (tak ada orang yang betul-betul kuat) pasti dihalau dek gengster atau samseng jalanan di situ
Nak berniaga di premis batu ramai orang kita tak mampu....bangsa lain lebih gagah, lebih kuat, lebih kaya. Di tempat sendiri pula dah ada bangsa asing baru yang rampas peluang.
 Apa dah jadi dengan nasib peniaga jalanan Melayu!!!...Sungguh kesihan..... tapi siapa nak ambik peduli!!!
 Sepatutnya mereka ini hanya layak mendapat elaun sebagai pelarian (UNHCR) sahaja
 Dan bukan perampas hak peniaga jalanan Melayu di Malaysia, apa lagi di kawasan Kota Bharu

Khamis, Ogos 18, 2011

Ubat penyakit jantung - Ulangan paparan untuk tuan yang bertanya


Saya tidak pasti apakah nama sebenar pokok ini di tempat tuan.














Buah ulat bulu































Pokok ulat bulu
Insyaallah sesiapa yang mengamalkan meminum air "blender" bahagian daun dan buah pokok ini selamat dari masalah kolestrol yang menyebabkan serangan jantung yang mengejut.

Petang tadi saya sempat berbual dengan Cikgu empunya kedai makan selera kampung Karang Kraf di Kota Bharu. Dia menceritakan  jirannya dulu 3 kali  dah masuk hospital kerana serangan jantung. Tetapi selepas mengamalkan meminum air blender dari daun dan buah pokok ini tidak lagi mengalami serangan jantung. Kata beliau lagi jika takut rasa mual semasa minum, masukkan sedikit susu.

Sabtu, Ogos 13, 2011

Tabir pandangan

Di sebalik pandangan dunia yang sentiasa membohongi kita ada pandangan akhirat yang sentiasa mengukirkan kebenarannya. Yang tinggal pada kita cuma memerhati atau tidak. Terlalai sejenak bererti gagal yang menggelapkan diri. Tergelakkah kita dalam kegagalan itu atau terdiam mencari sebab kenapa kita lalai...

blue topaz




Selasa, Ogos 09, 2011

Jumaat, Ogos 05, 2011

.......

Bila diam itu lebih baik....Diam sajalah

Selasa, Ogos 02, 2011

Sengaja saya pinjam dari Tuan yang Terhormat

Murahnya... 

Permata yang berharga jarang ditemui di tepian jalan. Jarang sekali mutiara ditemui di air cetek. Intan dan berlian pula jarang dilombong ditepi sawah. Pelik juga sesekali memikirkan bila orang menjaja emas dalam bakul di tepi jalan seperti menjual "etak".

  0 comments

Isnin, Ogos 01, 2011

Perlu berhati-hati

Dalam percakapan harian kita perlu berhati-hati. Apalagi terutamanya sebagai orang atasan, kita yang sering bercakap dalam mesyuarat,  kita bercakap berdasarkan penilaian terhadap anak buah. Anak buah serta orang lain juga menilai kita. Jangan sampai orang lain menilai kita sebagai "kera sumbang" kerana dari percakapan kita orang boleh hilang mood untuk menghormati dan menghargai diri kita yang mungkin terasa sudah hebat. Berpada-pada adalah percakapan idaman daripada anak buah yang semuanya mempunyai hati dan perasaan seperti kita. Cemerlangnya sesebuah organisasi diwajahkan oleh kita sebagai pemimpin.

Salam Sepanjang Ramadhan Tahun 2011(1432H)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, "Ya Rasulullah, apa amal yang
paling utama di bulan ini? Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang
paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang
diharamkan Allah".

Selamat berpuasa!