Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Jun 28, 2011

Kematian yang bakal kita lalui....

Sekali berita si polan meninggal dunia, dua kali berita ada orang baru mati, dan hampir setiap hari berita mati dan kematian. Bagaimanakah mayat mereka ? pelbagai cerita..Pada hari ini jarang sekali kita terdengar cerita mayat mereka seperti para Sahabat Baginda...cerita mereka berkisar tentang mayat-mayat yang tidak reput. Apakah perasaan kita apabila melihat mayat di depan mata lendir kita sendiri... Apakahkah pula perasaan kita apabila mengenangkan bakal mayat kita sendiri nanti ? Cukupkah persediaan kita....yang pasti kita sendiri akan lalui.....Lawan hidup, mati. Lawan ramai, bersendiri.

Ahad, Jun 26, 2011

Jangan ditanya....

Bersembang dengan seorang kawan lama seorang enginear elektrik mengenai sembahyang...
katanya sembahyang itu seperti memaku pada sebatang pokok. Selepas paku, paku. Selepas paku, paku, dan teruskanlah kerja memaku itu....jangan ditanya ke mana paku itu pergi... tugas kita paku dan terus memaku.. ini jawapan beliau kepada seorang yang sedang mencari jawapan untuk melihat kehebatan sembahyangnya. Wallahhua'lam.

Sabtu, Jun 25, 2011

pertikaian

Apabila berlaku pertikaian kerana salah faham, maka mungkin kedua-dua pihak telah melakukan kesalahan, jalan terbaik muhasabahlah diri dan mengaku salah masing-masing, serta saling memaafi, agar cepat kembali berbaik dan tidak memutuskan silaturrahim. Jangan ditegak benang yang basah

Zamrud Colombia asli 8.32 cts dan 6.17 cts













kiri : 8.32 ctsSOLD dan kanan : 6.17 cts



















atas 8.32 cts/SOLD 15 x 10 x 6.5 mm, bawah 6.17 cts 13.5 x 11 x 6 mm



















RM 150/cts

Jumaat, Jun 24, 2011

Pilihan

Segenap bucu laluan adalah pilihan dan ujian. Pilihan kita merencahkan ukiran diri. Memilih laluan seperti membuat keputusan membeli di kedai. Membeli yang murah sepertilah memilih jalan mudah. Membeli yang mahal seperti pula memilih jalan payah, biarlah alah membeli menang memakai. Ukirlah diri walaupun dalam serba kepayahan....Tuhan memandang hati yang sentiasa berpaut kepadaNya.

Khamis, Jun 23, 2011

ZAMRUD COLOMBIA ASLI AAA






















Saiz cincin 16.5 permata 4.x cts...RM 3800/=
email saja jika tuan berminat


siap...InsyAllah pos minggu depan...SOLD

MARJAN ATLANTIK ASLI























SOLD : MILIK TUAN AWANG MUSA - KOTA KINABALU, SABAH


Selasa, Jun 21, 2011

laluan perjalanan hidup

Pesanan si arif, pertama awalluddin.  kedua adalah taat dengan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. seterusnya pula ialah bersabar dan redha dengan segala ujian.... cakap memang mudah!.  Semaklah diri di mana kita ?

Isnin, Jun 20, 2011

Siap untuk pos

mani gajah dan zamrud Brazil milik 2 tuan....SOLD OUT


















Atas     : Milik Tuan Hairul - Sarawak
Bawah : Milik Tuan Alihan - Sarawak


























Jade Burma ikat tangan 100% aloi A Saiz 16.5


Jumaat, Jun 17, 2011

....zzZ .....asli dari Afghanistan

InGaT dAn SeRaH

Kosongkan diri, seperti tiada apa yang diinginkan, tiada apa yang nak digusarkan, di hadapan nanti Dia jua Penentu....hati yang pernah berbolak balik diharapkan akan menjadi bulat, selarikanlah fikir dan rasa.

Aktiviti pagi ini - Buka kandi/bungkusan untuk ikat cincin





















Sedia untuk dihantar kepada tukang cincin.....SOLD

Jumaat, Jun 10, 2011

not for sale....



















WOW.....W0W!!! ... Berapa agaknya harga permata  ~ 30 cts ini ?

Isnin, Jun 06, 2011

Kerenah harga perak

Pada masa ini, jika tidak terliur sangat nak memakai cincin, lebih baik lupakan sahaja niat untuk menempahnya. Ini kerana harga perak di Kelantan telahpun mengikut trend seperti di sebahagian besar negeri lain di Malaysia. Bila sesekali harga perak naik, harga perolehan untuk tukang akan naik mengikut paras tersebut, dan ia akan terus kekal walaupun jika ada penurunan harga baru. Buat masa ini harga perak ialah RM 47XX/kg. Kita pihak peniaga terpaksa membeli mengikut harga yang telah ditentukan oleh pemborong. Maklum sajalah semuanya dah naik harga. Harga gulapun RM 2.30 - RM 2.50/kg. Inikan pula bahan hiasan....Sebentuk cincin perak biasa terpaksa bernilai paling kurangpun RM 150 - RM 180.. Susah jugalah kita nak cari makan nampaknya.

Kenapa bertelagah

Mengenal dengan Asma-Ul-Husna atau melalui sifat 20 sapatutnya saling lengkap melengkapi, dan kita sepatutnya bukan saling bertelagah. Mengetahui, menghafal, atau menghayati nama sahaja belum tentu mampu menterjemahkan siapakah DiriNya,  SifatNya dan Afaa'lNya. Tahu nama tak kenal Tuan, macam mana nak mentauhidkan ?. Tahu sifat 20 atau sifat 50, tapi tak menghayati makna berdasarkan semua namaNya macam mana nak mengEsakan ?. Menguasai ilmu "qalam" kedua-duanya belum tentu cukup, apatah lagi satu, sudah mahu bertelagah!. Usah sesat dalam bahasa, berhentilah bertelagah!,  satu musuh itu ramai...

Bersedekah

Sebaiknya biarlah pada adatnya kita bagi apa yang kita rasa agak sayang juga untuk diberi. Itupun masih belum berbau ihsan seperti Tan Seri P. Ramlee. Bersedekah mengajar erti tentang kerelaan yang bukan hak kita. Sedangkan kerap kali kita merasakan hak kita sahaja... anak aku, bini aku, kereta aku, rumah aku, ini hak aku, itupun hak aku,...pun-pun hak aku. Bilakah kita nak belajar tentang hak orang lain atau Hak Diri Lain. Menyesal dahulu pendapatan!!!!....

Sabtu, Jun 04, 2011

Permata Delima Burma asli

Saiz permata = 11 x 7 x 2.5 mm























catatan ; bodi pemegang permata sahaja dan bukan cincin sebenar.

RM 250/= sahaja

Hala tuju destinasi kehidupan

Ada orang amat suka kepada cerita wali-wali. Ada pula bercita-cita nak menjadi wali, tok wali, si mulut masin atau si pahit lidah, atau macam-macam lagi gelaran yang dirasakan amat hebat di sisi manusia. Seorang lelaki tua berpesan itu semua adalah permainan di perjalanan... jagalah hati dan niat kita menuju kematian, Dharap jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
p/s:
saya masih seorang budak

kecil, besar, mengecilkan atau membesarkan

Jika suatu benda yang kecil tapi kita perbesarkan maka ia tetap besar bagi kita....natijahnya ia tetap penghijab walaupun ia adalah diri kita sendiri.

Minat dan kesukaan kita

kerap kali kita tersilap alamat kepada apa yang kita suka dan kepada apa yang kita tak suka. kita sering tidak menyukai apa yang sepatutnya kita sukai kerana ianya pahit dan menyakitkan. sepatutnya pada peringkat awal kita patut mengajar diri menyukai yang pahit dan menyakitkan, kerana kata si arif ia adalah pengenalan atau asas kepada mati sebelum mati....Wallahhua'lam

Tok Dalang

Sita Dewi, Wak Long, Pak Dogol, Raja Serama, Hanuman Ikan, Hanuman kera Putih, dan Pelbagai lagi watak dilakonkan dengan bunyi suara yang pelbagai , dengan watak, gerak dan gaya yang berbeda-beda, mewujudkan suatu suasana yang cukup menarik kepada penonton... Saya kebingungan kerana kata si abang tanpa memerhati kita akan tertipu dengan apa yang dilihat....

Khamis, Jun 02, 2011

Firuz dalam stok

Permata Firuz yang masih ada dalam stok adalah seperti berikut;