Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Oktober 28, 2010

MAAF, KURANG SEMPAT MEMUATKAN ENTRI BARU

Selasa, Oktober 26, 2010

Penyakit tekanan darah rendah

Tekanan darah rendah boleh menyebabkan kita rasa sangat letih bahkan jika serious mungkin koma. Cara mengatasinya secara tradisi biasanya ialah dengan mengambil daun cekur manis atau asin-asin.....sila rujuk "biarkan herba bercakap"
terima kasih daun keladi...ada masa sila berkunjunglah lagi.

Kata orang berpengalaman

kata mereka bila aku melihat aku, itulah diri yang paling cantik..... kata mereka...bilakah ia akan jadi kata kita?

Selasa, Oktober 19, 2010

Peluru tabur

Pakai serkap jarang atau main tuduh sahaja adalah tidak sihat dalam etika perniagaan. Jika kita rasa ragui terhadap sesaorang dalam urusniaga silalah berhubung terus kepada tuannya, kerana berdasarkan percakapan orang lain belum tentu kita mendapat kebenarannya. Apatah lagi jika wujud pelanduk dua serupa dalam wajah perniagaan, orang lain yang kita nak tembak tapi orang lain pula yang terkena....kasihan.

Tok Kadir juga terluka dan tembus jika terkena peluru serkap jarang, belum khatam ilmu kebal...SALAM DAN WASSALAM.

Khamis, Oktober 14, 2010

Tanah Geran Mukim , Lot 3446 untuk dijual

 Keluasan 4 ekar 495 depa persegi.
RM 60,000/ ekar
Lokasi:
Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang
Masuk ke simpang Batu Karang atau lebih tepat ialah Gual Dalam, Mukim Apam, Pasir Mas
2 km drp jalan berturap 
 Kemudahan jalan batu kuari serta tiang elektrik (TNB) tepi tanah.

Tidak melalui mana-mana orang tengah (broker) - milik sendiri
Berminat-Sila hubungi saya
Sebahagiannya telah ditanam getah pada  2 tahun yang lepas.

Sebab jual kerana saya tidak sempat menguruskannya.

Sila double-klick gambar untuk pembesaran

Rabu, Oktober 13, 2010

Jumaat, Oktober 08, 2010

Pengkhianatan dan pembohongan dalam internet semakin canggih

Terkini dan agak berkesan buat mereka...kononnya kita terima email daripada rakan atau kenalan kita. Dalam email tersebut kononnya rakan kitalah yang menyatakan peluang membeli barangan murah dengan memberikan alamat website berkenaan, asli dan cepat dihantar....awas jangan terpedaya!.
Biasanya ia ditulis dalam bahasa inggeris walaupun rakan kita sama bangsa. Sebenarnya itu bukan  email daripada kenalan kita tetapi pihak yang berkepentingan telah menggunakan nama dan alamat email member kita. Sudah ramai yang tertipu dengan hal tersebut. Kerugian yang mungkin amat besar dialami oleh kita yang terpedaya.  Pembayaran yang dibuat oleh pembeli pasti tidak akan dikembalikan, sementara item yang dibeli tentu tidak akan diterima. Pembayaran melalui Western Union atau bank transfer sahaja diterima. Jika pembayaran melalui paypal, pasti paypal sendiri gagal mengembalikan wang kita yamg telah hangus...AWAS BERHATI-HATI DENGAN WEBSITE ATAU BLOG SCAM INI, JANGAN KITA TERUS RUGI KERANA TERLALU PERCAYA. Sila rujuk anti-scam website atau Anti-Fraud International atau
http://electronicsscams.co.cc/
http://www.thewholesaleforums.co.uk/forum/business-articles-and-resources/16980-how-self-check-your-chinese-suppliers.html


NAMPAKNYA SAYA JUGA TERPAKSA MEMBUANG "Cik...ku...Chat" ATAU CHAT DARIPADA BLOG INI KERANA BANYAK SANGAT VIRUS DIHANTAR MELALUI MESEJ/CHATTING. BUAT MASA INI PC SAYA JAMM!!! JAMM!!! UNABLE TO ON...BLACKOUT KERANA HAL TERSEBUT. MAAF, JIKA ADA PESANAN SILA EMAIL ATAU SMS SAHAJA KEPADA SAYA.

atau mungkin ada yang minat dengan permata zamrud ini

Sila layari Zamrud atau Serious Buyer Only
@ fail poket

Khamis, Oktober 07, 2010

Rabu, Oktober 06, 2010

Selasa, Oktober 05, 2010

Ahad, Oktober 03, 2010

Jasper



RM 40 termasuk pos di Semenanjung

Sabtu, Oktober 02, 2010

Jam dan niaga

Mulai hari ini saya terpaksa membuang satu daripada ruang fail poket, iaitu Jam Pilihanku. Ini kerana saya rasakan ia agak kurang sesuai berdasarkan harga perolehan atau modal pembeliannya agak besar buat masa ini.. Bukan soal harga modal yang besar yang saya bimbang, tetapi persoalannya kepada siapa saya mahu menjualnya, atau siapa yang mahu membeli. Bayangkan jika dah modal agak besar, ambil sedikit untungpun dah nampak mahal. Jadi keputusan muktamad saya penjualan jam buat masa ini dihentikan dulu. Apapun kepada rakan yang berminat bolehlah cuba menghubungi dan bertanyakan saya jika stok lama masih ada tersimpan oleh saya. Sekian terima kasih.