Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Julai 31, 2010

Facebook

Banyak kelebihan yang kita dapat manfaatkan dengan Facebook. Namun Facebook juga merupakan ledakan pendedahan diri secara disengajakan oleh kita. "Open window" tentang maklumat diri, aktiviti rutin yang kita dedahkan bukanlah tak baik, tetapi kadang-kadang kita perlu juga berhati-hati dengan tindakan sendiri. Jika kita ada musuh contohnya, dengan mudah sahaja maklumat kita yang mungkin penting kepada mereka ada di dalam facebook kita. Mudahkan! hanya dengan mengetahui alamat email kita dalam facebook sahaja. Cubalah gunakan alamat email yang lain untuk urusan yang kita rasakan lebih keutamaannya (FIP). Contohnya jika kita ada kawan dari orang yang agak meragukan kita, mungkin dia seorang suntikan zionis !. Berhati-hati kerana kita hanyalah bot kecil sahaja, mungkin ada tempat yang kurang sesuai untuk kita melayari taufan lautan maya tanpa sempadan itu.

Semalam Tok Kadir  telah terketuk pintu seorang berbangsa yahudi, terkejut juga pada mulanya, kerana ia memang nak bermusuh, bukan melalui facebook tapi channel lain, urusan perniagaanlah katakan. Tok kadir sememangnya tidak bimbang jika berkawan dengan orang berbangsa yahudi, tetapi kadang-kadang tok kadir sendiri mungkin kurang perasaan telah berkawan dengan suntikan zionis. Mereka mungkin di mana sahaja! AWAS

Jumaat, Julai 30, 2010

Budaya kita

Kata orang ada juga jenis manusia yang naik ke rumah orang tanpa memecat kasut. Nak biarkan kah kerana memang itu budaya mereka ?, atau mereka kadang-kadang perlu sekali-sekala diberi ajar, agar mereka tahu budaya kita. Namun hari ini pengaruh zionist telah memamah otak anak muda kita sehingga mereka bertindak dalam lingkaran fikiran yang sangat sempit. Sehinggakan anak dara orang bini tiri kita, anak teruna orang suami tiri kita, berkepit di tepi-tepi jalan mengalahkan bangsa lain pula. Malunya perbuatan muda-mudi kita kini. Sepatutnya jika tak nampak tuhan, jangan pula hilang malu pada orang.

Tourmaline dan Burmese Ruby rings ... permata kecil






















Saiz cincin = 17

















Saiz cincin = 17








































Saiz cincin =






















Orang putih kata "Silver hand made ring ....
red cherry red cherry not yellow cheery, cheap cheap cheap, come and buy it"

Harga RM 150 / pc

Selasa, Julai 27, 2010

Bangsaku

Akan menjadi buburkah "nasi bangsa" kita ?
Atau "nasi bangsa" yang basikah yang akan dijilat oleh anak cucu kita ?
Pesan orang tua-tua bila makan tu jangan lupa orang belakang...
Bila nakkan air jangan  pula dinding kapal ditebuk ...
Orang yang kononnya alim nampak syok sendiri beribadah tapi kejahatan diri dah terbuangkah?...
Orang kaya raya angkuh dengan pangkat dan pengaruh...untuk dunia sahajakah?
Berpalinglah ke belakang selidikilah sejarah...
Pandanglah ke depan fokuskan untuk hala tuju maruah sebangsa seagama,
yang sedang menuju rebah yang amat parah,
Ingatlah slogan bangsa
"Bersatu Teguh Bercerai Roboh"

Isnin, Julai 26, 2010

Bukan Yahudi tetapi Zionist musuh kita bahkan mereka adalah musuh seluruh bangsa merdeka

Tuhan tidak lebihkan suatu bangsa dari bangsa yang lain. Begitu juga bukan bangsa yahudi musuh utama kita,  yang darjatnya sama dengan bangsa lain di sisi tuhan. Bukanlah mereka sebenarnya musuh kita atau musuh seluruh bangsa di dunia ini. Sememangnya ada yahudi yang baikpun, yang jahat bukan yahudi tetapi zionist, bangsa yahudi yang jahat, dan bukan daripada mereka yang baik. Ingatlah ramai orang lain yang bukan yahudi tetapi suntikan zionist pada hari ini. Sebaliknya masalah kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang sahaja. ekoran dari hal bangsa yahudi, saya teringat pada suatu khutbah jumaat yang lalu, dan pada saya amat memalukan. Tuan khatib yang sedang membaca khutbah tak habis-habis mengutuk yahudi, macam-macam serangan yang seolah-olah melepas perasaan, mengajak semua makmum melawan yahudi...sedangkan di kiri kanan saya ramai yang sedang bersembang, semasa sembahyang pula tak pernah diam dalam qiam mereka, terhuyong hayang macam tiang nak terbalik, sekali ke kiri sekali ke kanan, terbayang-bayang di sah depan saya berdiri. Ingatkan kuat sangat nak lawan zionist, rupanya ramai anak mukim sendiri sedang demam dalam fardhu a'in. Jangan harap berjaya dengan cakap berdegar-degar, penularan wabak dah menyelinap di seluruh ruang urat saraf bangsa kita...hanya tunggu masa!...Mampukah kita kembali PERKASA ?

Khamis, Julai 22, 2010

Rabu, Julai 21, 2010

Isnin, Julai 19, 2010

Harga Runtuh Rapat Habis...Dah tak boleh murah lagi..Offer hingga 31/7/10 sahaja

Harga asal RM 350 setiap satu.
Harga memang Runtuh habis..
RM 250 setiap satu. kecuali delima putih (8.5 cts) RM 200 shj.
Saya tidak akan bertangguh lagi. siapa cepat dia dapat!!!!

Berat permata delima merah di antara
13.5 cts hingga 19.5 cts
Semuanya star ruby!!!





PERHATIAN!!!
SOLD - 2, 3a dan 6.
Yang lain masih boleh di pilih

MENANG MEMBELI MENANG MEMAKAI

Bertindak sebelum orang lain beli dan selagi stok masih ada.
Bila dah habis stok.....Barang yang lepas jangan dikenang!!!!.
Dan saya mengesyorkan beli permata sahaja, dan buat tempahan di tempat lain,
kerana buat masa ini tukang cincin saya sangat sibuk

Yang paling kanan atas 3a

Ahad, Julai 18, 2010

"Alif Ya Mim......Buaya" Munasabahlah kan baru belajar.........

Begitulah membaca tidak semestinya terus betul. Daripada tidak ambil peduli, lebih baik mencuba dulu,  berusahalah membaca dan terus membaca....alah bisa tegar biasa.

Tahniah dan terima kasih kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, serta M. Nasir 
dalam sumbangan yang tak ternilai khususnya kepada masyarakat melayu.
tok kadir - terlalu banyak bahan bacaan disekeliling yang  perlu dibaca 

Jumaat, Julai 16, 2010

Terlalu ramai yang menyesal...Dek harta...Kerana "kita"

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Tempat simpanan harta yang terbaik bukanlah di mana-mana cawangan bank yang ada di muka bumi ini, kerana sekaya manapun kita di mata manusia, itu hanyalah pandangan adami, yang "adami" itu sendiri bersifat "tiada", yang kita terasa ada hanyalah kerana diberi rasa, hanya untuk diuji. Ia hak yang lain yang telah kita lupa akan Tuan asalnya. Tiba-tiba di alam dunia ini terasa wujud kita ada, sejak bila ? dan sampai bila?.....Hembusan nafas terakhir akan tiba jua....peritnya dan seriknya di saat itu....tidak akan mampu kita bayangkan!!!.....Pernahkah kita rasa sezarah ruang hidup dialih dari badan kita, inikan pula seluruh ruang hidup yang bernama "nyawa" yang bersifat hidup kerana bergantungkan kepada "ruh", yang jika manusia tahupun hanyalah sedikit (ruh).

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Tempat pelaburan terbaik telah dinyatakan dengan jelas kepada manusia oleh Tuan pemilik asal mereka. Sebaik-baiknya simpanlah di tempat yang tersembunyi. Semakin tersembunyi semakin baik tempatnya. Semakin tak nampak oleh kita tentang harta tersebut maka semakin baiklah untuk kita. Jika mampu sembunyikanlah jauh-jauh dari pandangan dan pengetahuan kita. Biarlah ia ghaib di dalam keghaiban. Kerana Pemilik kita tak pernah bersifat pelupa.

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Janganlah kita nampak harta itu. Jika kita nampak ia berbentuk pahala sahajapun, takut kita sakit dibuai mimpi indah akan pahala, di hati kita...wah!!!....Riak kita menjanjikan dividen negatif dengan dosa pula. Itu baru satu sub-tajuk....Motivasi, belum lagi jumpa tajuk Motibesi...Dahpun basi...Wuuung, Wuuuuung, Wooong, WooooooooonnnnnnnngggGGGG  x  infiniti......

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Janganlah  kita nampak harta itu, agar kita sentiasa terasa kitalah yang paling miskin disisiNya...Diharap kita tidak pernah terasa kaya...Kekayaan dan kemegahan bukan milik kita...Ia Tali Pinggang milik Diri yang Maha Berhak... dan...kekayaanNya jualah dengan pelbagai nama yang Teragung....bahkan segala tempat di alam inipun penuh dengan nama-nama. Namun kepadaNya jualah kembali segala nama tersebut. Di manakah milik "kita" ?

Tok Kadir ada ketO...tapi pinjam bank.  ado Umoh..harto pinjam juo....bilo eden nok kayo?

Khamis, Julai 15, 2010

Sabtu, Julai 10, 2010

Ikatan Tradisi Cincin Perak - buatan tangan 100%


















Sudah agak lama tertangguh nak masukkan entry. Malam ini terasa sedikit lega. Tetapi malangnya tergengala lagi kerana gambar menjadi blur. Ini berlaku apabila saya cuba memasukkan entry baru pada ruang tarikh tak terisi seperti pada 4,5,7, dan 8 hb Julai.  Apapun saya tak berani berjanji membaiki atau editkannya, sebab saya tahu tentang kekangan masa saya terkini. Yang sebelum inipun, tak sempat nak editkannya. Bila dah letih, alahai faham-fahamlah rakan no0!!!.
Bukan nak berdalih, tapi agak tak terurus. Hari ini rehat hujung minggu, ingat ada peluang lebih sikit. Tapi pagi tadi sobat baik sekeluarga berkunjung ke rumah. Selepas zohor kami sekeluarga ke Bachok, sepupu kahwin...Magrib baru sampai ke rumah.
Apapun kepada rakan atau peminat yang berminat dengan cincin perak tulen jenis ikatan tradisi ini, bolehlah menghubungi saya, sementara stok yang baru siap pada minggu lepas masih ada. Harga adalah di antara RM 150 hingga RM 200 bergantung kepada jenis permata.
Jenis permata yang tersedia pada cincin tersebut ialah Delima Burma (9 pcs), Tourmalin(7pcs), Tok Wali (1 shj), Amethist (6 pcs), Aquamarine (1 pc), Nilam Burma (2 shj) dan Garnet (1 pc shj).
Kepada pendatang baru yang cuba berjinak-jinak dengan dunia percincinan amat dialu-alukan. Semua permata yang dinyatakan itu adalah asli. Di samping itu saya masih ada beberapa bentuk cincin perak (buatan casting + tangan) permata delima Afrika. Harga sekitar RM 120 sahaja.
Akhirnya kepada rakan yang berminat dalam berjualan sempena raya bolehlah menghubungi saya untuk membincangkan harga borong yang lebih menarik. Sekian terima kasih

Selasa, Julai 06, 2010

Email dari seorang kawan..Terima kasih Cikgu Maziran dari Pasir Putih, Kelantan




















Perhatikan pada titik pada kalimah ini selama 10 saat, kemudian terus tumpukan pandangan anda ke dinding kosong. Pasti menakjubkan illusi yang dilihat oleh mata kita.

Anak Kadir: Benarkah apa yang dilihat ?

Sabtu, Julai 03, 2010

Blue topaz dan Amethist - SOLD OUT
















Gambar atas- Milik Puan, Isteri En. Roslin, Kedah

Bawah- Milik En. Nazrul Mohamed Asru, Klang, Selangor

Khamis, Julai 01, 2010

SALAM DARI KEJAUHAN

Assalamua'laikum untuk rakan dan pelawat blog ini.

Saya tak sempat uploadkan entry baru...Maaf jika ada yg tertunggu ITEM BARU