Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Mac 31, 2010

Kelebihan Amber


Salah satu kaedah pengecaman awal amber adalah dengan merendamkan di dalam air. Ujian lebih terperinci yang biasa dan mudah ialah dengan membakar sedikit daripadanya,  bau asapnya dapat dikenalpasti kerana aroma bau bakaran amber tidak seperti bau plastik, bau polimer atau bau plastik termoset yang terbakar. Ia tidak seperti bau kemenyang yg menakutkan, tapi setanding bau setanggi, dan tak kurang juga ada yang baunya seperti bau limau. Di zaman dahulu orang Russia membakar amber di waktu malam untuk aroma yang harum dalam rumah. Ujian yang paling baik ialah dengan melakukan ujian kimia. Bagaimanapun cara ini memerlukan kos yang besar kerana kedai/makmal yang betul-betul mendapat pengiktirafan di peringkat dunia sahaja yang melakukannya.
Tempat ini jarang ada di negara kita, Malaysia.


Gambar hiasan: not for sale
Kandungan kimia:
Fosil (Kejadia lebih daripada 50 juta tahun)

Warna:
Putih, kuning, kuning-perang, hijau, merah dan biru.

Negara asal:
Russia, Polland, Italy, Burma, China, Republik Dominican, Jepun, Kanada, Mexico, USA

KELEBIHAN AMBER (kepercayaan setempat):
1) Mengurangkan tekanan 
2) Memperbaiki kebolehan membuat keputusan
3) Menguatkan ingatan dan daya intelek 
4) Disarankan kepada mereka yang mengkaji alam semulajadi
5) Merawat darah
6) Menguatkan dan menstabilkan bahagian abdomen. 
Nota:
1) kepercayaan setempat bermaksud kepercayaan orang-orang yang berada dinegara asal amber tersebut, mengikut kajian dan pengalaman pengarang mengenai batu amber.
2) Kelebihan terapi kesihatan biasanya adalah mengikut terapi getaran warna. 
 


Selasa, Mac 30, 2010

Hati-hati memilih kontraktor

Carilah kontraktor yang telah ada pengalaman dan telah ada bukti rumah yang telah disiapkan, sama ada melalui kawan atau waris, Ada masa terluang pergilah jengok hasil kerja mereka. Adakah hasil kerja itu dapat memenuhi kriteria yang kita inginkan?.
Jangan cari orang yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut kecuali kita betul-betul kenal. Apa lagi jika ia banyak cakap. Biasanya kita perlu berhati-hati dengan sesaorang lelaki yang banyak cakap, sebab biasanya ia lebih udang disebalik batu, Jika telah tersalah pilih kita akan berhadapan dengan masalah perangai manusia, bukan lagi masalah nak buat rumah. Ingat dan berhati-hati kerana ramai orang sudah terkena !

Dominican Amber

Amber dari Republik Dominica ini memang permata asli. Awas jangan bertukar dengan yang tiruan kerana dewasa ini banyak sekali amber tidak asli. KOD : DA1



























































Amber bewarna kuning amat terhad dalam stok saya.
Harga RM 100 - SOLD 2/4/10

Isnin, Mac 29, 2010

Paruh Burung Kenyalang asli dari Sarawak - SOLD OUT



























































RM 150 setiap satu
STOK SANGAT TERHAD


K1 Hold 
(telah dibooking oleh pembeli dari S'pore 
jam 20 52 - 26/3/10 melalui sms)
K2 sold on 30/3/10 - Cikgu Mat (P. Mas)

Ahad, Mac 28, 2010

Pink Tourmaline RM 100 setiap satu



Batu berkualiti dalam jenisnya (SOLD OUT)

Pilih selagi stok masih ada


F : Batu Blue Topaz Asli, Sedang dalam proses tempahan oleh En. Kay ( Kuala Terengganu )




Bagaimana kita menilai kecantikan sebutir permata?
Sukarkan!, Kerana ia sangat subjektif....

Aquamarine;
A - RM 150 (SOLD)
B - RM 130 (SOLD)
C - RM 100 (sold)

Citrine/Cempaka;
D - RM 80
G - RM 60
H - RM 60
J - RM 60

Amethist/Kecubong;
E - RM 100
I - RM 80

Sapphire/Nilam;
K, L, M - RM 60/pcs

Ruby/Delima;
N - RM 70 ( foto yang jelas ialah batu N dalam tajuk "batu cutting kecil" )-sold

Sabtu, Mac 27, 2010

Sampaikah masanya ?

Apapun hal yang nak berlaku pasti cukup dan lengkap dengan syarat-syartnya. Contohnya "mati" tidak berlaku jika tak cukup syarat-syaratnya iaitu di antaranya termasuklah masa, tempat, warna pakaian, dan perbuatan. Jadi jangan terasa kecewa apatah lagi mengeluh jika hajat hati tak kesampaian, sebaliknya kembalilah, berserahlah, dan redhalah kepada yang Maha Merancang tentang sesuatu kejadian, itulah "hak kita yang pasti" sebagai hambaNya

Untuk perhatian En Zairol Ezal Shafii

a




















b



















c




















d



















e
















Semuanya perak aloi disadur dengan emas kuning.
 jika berminat sila email.

Jumaat, Mac 26, 2010

Martabat tinggi atau murtabak berlemak ?

Belum sampai kemanapun lagi kita jika ego diri masih menebal. Mengikis ego diri amat penting walaupun kadang-kadang ia diperlukan untuk mempertahankan diri pada tahap yang minima. Jika diri berlemak ego samalah kita dengan murtabak yang amat berselera dimamah syaitan. Kecanggihan tungangan syaitan ini pasti akan bertambah selagi kita masih belum sedar untuk berubah, akhirnya kita sahajalah yang rasa kita hebat, namun orang lain pandang kita sedang melarat.

"Alif tendang Waw ...Sarkis"

Sifat kebaikan

Semua orang tahu kebaikan dibalas dengan kebaikan juga. Namun ada orang yang terlalu berkira untuk membuat sedikit kebaikan yang termampu, terutamanya apabila melibatkan duit. "Hukum Alam" yang Tuhan tujukan untuk manusia ialah segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan kebaikan yang berlebih-lebihan pula ganjarannya. Namun dewasa ini kadang-kadang kita lihat orang bukan muslim yang lebih tahu menggunakan dan mengambil peluang ini. Contohnya kata salah seorang yang terkaya di Greece "Setiap hari saya pasti akan mendermakan wang walaupun kadang-kadang terpaksa sedikit kerana saya tahu sifat duit apabila didermakan ia akan bertambah banyak".
Kesimpulannya orang kaya akan bertambah kaya kerana kebaikan hatinya.

ps:
Jiwa manusia yang kaya pasti akan merasa lebih gembira apabila tahu ada orang yang lebih kaya daripadanya dan bukan dengki.

Khamis, Mac 25, 2010

Setitis ilmu yang patut diusul

Pastinya pengalaman setiap orang itu berbeza, pun begitu setitis ilmu yang diibaratkan setitik air dari sebuah lautan itulah yang payah namun harus dimiliki. Gunanya amat besar terutamanya dalam "membawa diri" menuju Qadim. Bimbangnya jika kita tidak mampu "membawa diri" kerana tidak mempedulikan ilmu tersebut. Bunyinya amat sedikit, "setitis", tapi setitis itulah sinopsis ilmu yang tertinggi.

Menaiki anak tangga

Biarlah bermula dari anak tangga pertama, disusuli yang kedua, seterusnya ke tiga dan akhirnya yang ke empat.

ps:
Bukan anak itik kerap kali juga lemas semasa belajar berenang

Rabu, Mac 24, 2010

Kita kosong....

Jika masih menceritakan cerita orang, tahu pengalaman yang hebat tapi dari pengalaman orang, berteori yang berdegar-degar tapi tak pernah rasa dan faham....Darjah satupun tak pernah masuk tapi bila cakap mengalahkan orang yang ada PhD. Suluhlah diri siapa kita?

Marjan atau Coral berliang / poros / asli - Jaminan Harga Seperti Yang Dijanjikan






















coral kecil 18 x 11 x 7 mm
harga RM 100





















Coral Besar 25 x 17 x 11 mm
Harga RM 150

Isnin, Mac 22, 2010

Fire akik rupa antik / asli Maxico






SOLD















27 cts Saiz = 20 x 17 x 10 mm
SOLD
RM 150

Ahad, Mac 21, 2010

Keselamatan barangan yang dipos

Setakat ini Alhamdulillah. Semua items yang telah saya kirim telah selamat diterima oleh pembeli. Harap-harap ia berterusan begitu. Selain daripada faktor insurans bagi barangan yang mahal, faktor pembungkusan juga amat penting untuk mempastikan setiap kiriman sampai dengan selamat.
Biasanya item yang hilang dalam perjalanan bukanlah selalunya disebabkan oleh pihak kastam. Ini kerana mereka cukup dengan hanya menggunakan "scanner" untuk menyemak item dari luar bungkusan sahaja.
Saya berpendapat biasanya ia dilakukan oleh pekerja bawahan daripada pihak "transport service", mungkin banyak alasan kenapa mereka berbuat demikian, yang jelas mereka telah melakukan kerja mencuri dengan cara yang cukup mudah.
Namun yang jelas moral dan sambutan terhadap syarikat pengangkutan berkenaan akan semakin menjadi pudar di mata pengguna., kenapa tidaknya, sekali guna servis tersebut, barang terus hilang!, pengguna pasti berhati-hati dan akan mengalih perhidmatan kepada syaraikat lain.
Kesal sekali nama negara kita adalah di antara yang tersohor mengenai kehilangan barangan semasa pengangkutan, penggunaan kad kredit palsu, akaun bank palsu dan sebagainya. Kerap kali saya melihat di screen  komputer (internet) bahawa ada syarikat tertentu khususnya dari Amerika Syarikat sangat serik untuk menghantar barangan ke negara kita kerana telah kerugian beribu-ribu USD kerana kes yang seumpama itu, jangan terkejut!!!, memang ini suatu realiti.  


Nota:
Jika hasil jualan barang curi jadi isi perut anak dan bini kita, maka kita telah menganiaya keluarga sendiri. Hentikanlah dan Bertaubatlah!. Ingatlah doa orang yang teraniaya mudah dimakhbulkan...

Sabar atau penakut

Istilah sabar jangan bertukar dengan sifat penakut

Blodstone Asli







































20.5 cts saiz = 23 x 11 x 9 mm
RM 100






















36.5 cts Saiz = 29 x 16 x 10 mm
RM 150

Texas Agate / asli Texas

Kod: TAS
Saiz = 21.5 x 13.5 x 5.5 mm
RM 70

















Sebelah kiri Kod ; TAS
saiz = 21.5 x 13.5 x 5.5 mm
RM 70











Bawah :
kod : TAB (gambar atas) RM 80
saiz  = 23 x 12 x 8 mm dan
kod ; TAK (gambar bawah)
saiz = 18 x 12.5 x 8 mm RM 60






















Saiz bawah (kod: TAK kiri  = 18 x 12.5 x 8 mm, RM 60. kod TAB kanan = 23 x 12 x 8 mm RM 80)

Sabtu, Mac 20, 2010

Berani

Berani untuk hidup akan lebih mendorong kita menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan mejadi keji, sementara berani untuk mati akan lebih mendorong kita menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa serta lebih berwaspada daripada sifat keji

Marjan atau Coral Asli Dari Lautan Pasifik - Jarang ada - SOLD OUT


Semakin terang keamatan warna dan semakin besar/berat saiz Marjan (Coral) maka semakin mahallah harganya, itulah yang diberitahu pembekal kepada saya.Kod yang di beri untuk setiap gambar marjan ini adalah nilai berat dalam karat.

Contoh
C15 = 15 cts RM 259 (SOLD)
C22 = 22 cts RM 369 (SOLD 7/5/10)
saiz = 23 x 11 10 mm

Nota:
(5 cts bersamaan dengan 1 gram).








C15 -  SOLD on 20/03/10






















C22, saiz = 23 x 11 10 mm

Jumaat, Mac 19, 2010

Terlebih pandai

Kadang-kadang bercakap bodoh kepada orang yang terlebih pandai adalah lebih baik dan merupakan tindakan bijak kerana ia lebih berkesan dalam mengubah tingkahlaku sesaorang yang sememangnya kita mungkin telah muak dengan sikapnya.

Khamis, Mac 18, 2010

Kerana pahala dan dosa atau....

Membuat atau meninggalkan sesuatu pekerjaan kerana diarah adalah merupakan suatu kepatuhan, dan adalah teramat lebih baik daripada untuk mendapatkan ganjaran, kerana mematuhi perintah Tuhan adalah teramat lebih mulia daripada memenuhi keinginan sendiri. Pun begitu janji Tuhan seperti balasan syurga dan neraka adalah tetap benar. Namun takutkan neraka dan amat meninginkan syurga adalah teramat tidak mulia jika ia mengatasi takut dan menyukai Tuhannya sendiri.

Isnin, Mac 15, 2010

kering, basah atau cair

apa lagi yang tinggal jika kita terasa kekeringan, jiwa terasa kurus dan menderita. nak dibaja tak tahu apa jenama yang sesuai, tapi putus harap jangan sekali-kali, berbaik sangka kepada Allah paling penting. Apa jua wajah yang kita tayangkan di cermin itulah yang dapat kita lihat dan rasa.

Permata

Di dalam seribu permata ada satu yang terbaik, di dalam sejuta pula ada satu permata yang lebih beharga...begitulah seterusnya semoga sehingga kita diketemui dengan sesuatu yang paling beharga

Ahad, Mac 14, 2010

Sabtu, Mac 13, 2010

Perhatian buat En Eddy


Tasbeh 100 teras kayu (RM 280)



















Tasbeh Abanus
Kecil - RM 200
Besar - RM 300 

Selain ini ada satu utas tasbeh teras kemuning hitam besar (RM400) dan kecil (RM 250)

Jumaat, Mac 12, 2010

Fasa pepejal, cecair atau gas

Namun sekarang ada penemuan baru....  "fasa plasma"....iaitu fasa tanpa sisa....ghaib!!!!
orang bukan Islam menemui fasa ini dalam kajian pembakaran sampah. Begitulah alam ciptaan Tuhan memberitahu kepada mereka yang selalu merenung dan mengkaji....jika itu bukan bidang kita,  cukuplah kita mengaji dan mengkaji diri sendiri dahulu....

Khamis, Mac 11, 2010

Selasa, Mac 09, 2010

Senarai Tempahan

Senarai rasmi dalam tempahan yang tinggal sudah tak banyak. Cuma 7 bentuk sahaja, 5 daripadanya adalah cincin emas (untuk wanita); 2 batu delima, 2 nilam biru dan 1 amethist. Sementara untuk lelaki pula yang masih tinggal cuma 2 bentuk sahaja.

Tempahan cincin emas diharap dapat disiapkan pada hujung minggu depan. 5 bentuk cincin emas memerlukan jumlah emas mentah secara piawainya lebih RM 5K, walaupun begitu tidak semua akan jadi cincin, ada susut semasa proses pembuatan, dan masih ada lagi lebihannya. Jadi untuk pengetahuan penempah yang bercadang
untuk menempah cincin daripada emas, janganlah terkejut jika harga tempahan cincin emas 916 boleh mencapai harga lebih RM 1K bagi satu bentuk. Walaupun begitu secara piawainya cincin emas yang biasa disiapkan oleh cincin-rings adalah sekitar RM  850 hingga RM 990 satu (harga tidak termasuk batu utama). Ini biasanya jika bukan berlian asli yang digunakan. Apapun harganya amat bergantung kepada harga semasa pasaran emas.

Isnin, Mac 08, 2010

Renungan daripada kajian sains : kepupusan dan kewujudan spesies

Mengikut kajian sains,  beberapa jenis spesies tumbuhan atau haiwan yang telah wujud pada suatu zaman tertentu telahpun pupus. Sementara pada zaman kini pula, spesies tertentu yang dulunya tiada telah pula wujud. Ini bukan persoalan teori evolusi yang dicipta manusia, tetapi persoalannya siapakah sebenarnya mereka yang hadir dalam kehidupan bersama zaman kita ?

Guru 3

Siapa kata sesaorang guru itu sempurna ?. Jika demikian masakan guru masih belajar daripada muridnya. Bezanya murid hanya tahu dia sedang belajar daripada gurunya dan.tidak perasaan yang gurunya sendiri sedang belajar daripadanya.

Ahad, Mac 07, 2010

Milik En Mie (Firuz Tembaga) KB dan En Mohammad Nazirul (Kyanite) NS - SOLD OUT


















Firuz Tembaga







































Kyanite

Fira'un mengenal tetapi tidak sampai.....

Mengikut cerita yang dibagitahu oleh kawan saya, En Khairuddin Mustaffa, bekas siswazah matematik dari USM (1987) yang berasal dari Johor, menceritakan riwayat bahawa pernah suatu ketika Firaun mengelepar, menggelupur dan menangis berbulan-bulan lamanya di padang pasir bersendirian kerana nak mengenal Tuhan. Apabila telah mengenal, beliau seperti pejalan-pejalan lain.....sehinggalah dikurniakan pelbagai kelebihan.
Hebatnya Firaun, tak pernah sakit. Memiliki  "mulut masin", atau kata orang Indonesia "pahit lidah". Pendeknya apa yang dikata pasti terkota. Bayangkan pernah berlaku satu peristiwa iaitu air sungai yang sedang mengalir ke muara terpaksa mudik ke hulu lantaran kata-kata dari mulutnya. Hebat!!! dan Hebat!!!!, sehingga ia terlupa yang Tuhan nak memberitahunya itu hanya amat sekelumit dari kuasaNya(Tuhan) yang ditajalikan melaluinya(Firaun).
Kerana banyak kehebatan yang dimilikinyalah ia lupa diri dan lupa Tuhan, malah mengaku diri sebagai tuhan pula. Malangnya diri keakuannya telah menghijabkan dirinya kepada Tuhan yang bernama Allah. Sehinggalah dia melawan Utusan Yang Benar Nabi Musa,...Tenggelamlah dia bersama pengikutnya di Lautan sempit yang penuh bertepi.

nota: 
diri sendiri adalah merupakan salah satu hijab yang besar, semoga Allah mebukakan hijab ini kepada pejalan-pejalanNya...dan dapat meneruskan perjalanan yang ikhlas menuju "REDHA" Al-Qadim sehinggake akhir hayat.
Amin ya Rabbala'lamin.

Guru 2

Tiada seorang gurupun yang mahu melihat muridnya gagal,  setiap guru sejati sentiasa mengharapkan agar muridnya sentiasa berjaya, malah mengatasi kejayaannya sendiri.

Sabtu, Mac 06, 2010

Guru 1 :

Sebahagian kecil daripada golongan kita kadang-kadang terlupa diri. Pelajar kita selalu ditengking dimarah, Jumpa polis kita lawan, jumpa doktor kita lawan, jumpa siapa sahaja yang tak seiringan dengan kemahuan kita, kita lawan, banyak mulut, itu ini begitu begini....sebenarnya kita dalam keadaan lupa diri.. Cubalah semak takut kita masih di situ.

Mendengar 2

Mendengar dari diri sendiri perlu dibaca secara berhati-hati, kerana suara hati ada 2 taakluq, dari hati yang putih bersih dan satu lagi ....hitam. Tafsirlah ia berlandaskan pengharapan kepada Tuhan.

Mendengar 1

Medengar dari sekeliling kita amat penting, seperti memdengar segala bunyi di sekeliling, semuanya mempunyai maknanya yang tersendiri. Kadang-kadang bunyi yang didengar adalah tidak sama di antara seorang dengan sesaorang yang lain

Nilam biru cut

 
 
 RM 100

katogeri Cantik tapi murah, semuanya adalah cincin sterling silver yang merupakan perak 925




















Kod : KSSS1 6/3/10
Cincin sterling silver permata kulit siput
Saiz cincin = 20
RM 120





































Kod : GSSS biru 6/3/10
Sterling silver permata golden sand biru
Saiz cincin 11
RM 120






















































Kod GSSSSBlue 6/3/10
Cincin sterling silver permata golden sand biru
saiz cincin16
RM 120


















Kod MSSC2 6/3/10
Cincin sterling silver permata mookite
saiz cincin 16
RM 120