Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Februari 22, 2010

Cerita orang sesat

Si pak cik tua itu terketar-ketar  berjalan sambil disokong tongkatnya, dan apabila sampai di situ, tiba-tiba tongkatnya terjatuh ke dalam satu lubang. Terkial-kial dia menyeluk tangannya dan cuba mendapatkan semula tongkatnya tadi. Semakin diselok dia terasa semakin dalam dan semakin luas lubangnya. Di benak fikirannya  terasa amat kehairanan , namun oleh kerana azamnya yang menggunung untuk mendapatkan barangnya semula. maka dia tidak hiraukan lagi kepelikan yang sedang dialaminya. Grrruuugk ....alangkah terkejutnya apabila seluruh badannya terjerelus masuk ke dalam lubang itu.
Rupa-rupanya di dalam lubang yang sempit itu  ternyata merupakan tempat yang sangat luas. Walaupun masih dalam kehairanan, ia tetap dengan keinginannya untuk terus mendapatkan semula tongkat yang telah menyokong badannya selama ini. Setelah 2 hari mencari tongkatnya dia bertemu dengan seorang yang agak muda sedikit daripadanya.
"mencari apa tu abang ?"
'mencari tongkatku yang hilang, engkau macamana? nak ke mana?'
"Aku dah 10 hari mencari basikalku yang juga telah hilang di sini"
Begitulah seterusnya pada hari-hari yang berikutnya. Sentiasa ada sahaja orang yang tidak sama ditemui. ada yang hilang motosikal, rumah, kereta dan pelbagai lagi harta kesayangan masing-masing.

Akhirnya setelah puas mencari tongkatnya, dia sudah tidak tertahan lagi, sambil menangis dan meraung "siapa-siapa ada nampak tongkatku di sini tak ? sudah seminggu aku di sini mencarinya, tak jumpa-jumpa jugak! huh ! huuh! huuuh!..."
Kebetulan pada masa itu ada seorang jutatawan di depannya. Membeliak biji matanya sambil berkata
"Ooi engkau ni tak boleh diam ke ?!!! engkau baru seminggu ?! hanya hilang tongkat aje, aku ni dah 50 tahun sesat di sini....hilang segala-gala hartaku disini...!!!!." Di dalam fikirannya "hai, mengapakah ceritaku berakhir dengan sad-ending dan tidak happy-ending seperti mana yang aku harapkan, tiba-tiba terlintas satu soalan dihatinya, apakah sebenarnya yang aku cari selama ini? "....

Diadaptasikan dari cerita seorang kawan

Tiada ulasan: