Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Oktober 31, 2009

Syariat dan hakikat

Mengikut seorang yang saya percayai arif berkata, mencapai "Hakikat" adalah perkara yang sangat sukar. Sedangkan seorang arif yang lain mengatakan bahawa mengekalkan "Syariat" itulah yang paling sukar. Jika direnungkan rasa malu berbaur hina untuk mengaku yang kita berada dalam mana-manapun golongan itu.

Jumaat, Oktober 30, 2009

3 utas tasbeh Kemuning Hitam 99 pcs milik orang Singapura, Tahniah!

Diharap Tuan Mas dapat bersabar kerana items ini akan dikirim pada hari Sabtu 31/10/09 melalui Airpak Express. Bayaran Tuan dah clear pada petang Khamis (29/10/09). Namun perhidmatan pos petang dah tutup. Terima kasih di atas sambutan pihak tuan terhadap barangan ibadah.

Isi Dan Kulit

Jika kita sukakan kulit jangan pula isi dilupakan. Kerana biasanya isi yang cantik dibungkus dengan kulit yang cantik. Ramai orang suka menyangkal tanpa faham. Jangan pula cepat menelan atau meluah bulat-bulat. Fahamilah sedikit-demi sedikit samada melalui amalan tertentu terlebih dahulu.

Rabu, Oktober 28, 2009

sayang dan benci

Jika kita kita terlalu sayangkan sesaorang seperti guru kerana sangat menghargainya, simpankanlah sedikit kebencian kerana takut-takut nanti jika kita sudah benci, pasti masih ada sedikit sayang. Ini biasa dalam perguruan dan tuntutan mengenai hakikat diri

Selasa, Oktober 27, 2009

Pedoman

Berjalan biarlah berpedoman. Orang dulu-dulu menggunakan bintang untuk menentukan arah bila berjalan di waktu malam. Terutamanya untuk perjalanan yang lama dan jauh. Begitulah dalam menuju hakikat kehidupan, tanpa pedoman guru yang berpengalaman tentu sekali kita akan menemui kesukaran atau mungkin akan melilau di tengah perjalanan. Kerana menuju hakikat kehidupan adalah perjalanan yang sangat jauh.

Ahad, Oktober 25, 2009

Cincin Delima Burma kembar Colourless.( SOLD on 7/11/09 )

Saiz Cincin = 16.5.
Body cincin ini lebih baik daripada perak 985 aloi berkualiti tinggi.
Harga RM 350

Sabtu, Oktober 24, 2009

Cincin Perak 985 Aloi berkualiti. Permata Zamrud Colombia Asli - RM 700 (SOLD)

SOLD
 

SOLD
 
Saiz cincin = 17.5
(SOLD)

Tempahan siap - Kota Bharu + Melaka : SOLD OUT


SOLD -Contoh Tempahan Beharga
RM 250 tak termasuk batu

 
 
SOLD OUT - Contoh tempahan beharga
RM 180 tak termasuk batu

Selasa, Oktober 20, 2009

Mana ditumpu mana dicapah...

Tumpulah sebulatnya iktikad dan niat, susulilah kata dengan tindakan demi mencari dan menuju redhaNya. Latihan di sini perlukan kesungguhan, keberanian,  kepatuhan, ketaatan dan kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran. Ringkasnya segala sifat elok dalam diri diperlukan. Sukarkan!.
Capahkanlah pemikiran dan cara selagi tidak bertentangan dengan syariat dalam mencari hal dunia. Bertekunlah agar kemiskinan batas kekufuran diatasi.

Amat Malangnya...

Alangkah malang rasanya jika sedang sembahyang, fikiran dan jiwa kita masih melayang-layang ke tempat lain. Rasa seronok beribadah tentu sekali tawar dan sembahyang kita hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Di luar sembahyang apatah lagi jika kita demikian dalam sembahyang. Kurang merenung kelemahan diri, kejahilan, terutamanya cintakan dunia adalah punca terjadi hal tersebut. Mengenangkan yang hidup menjadi manusia hanya sekali serta mati pasti menyusuli adalah ubat yang mujarab  untuk memperbaikinya. Sememangnya jika tidak bersungguh-sungguh terasalah bertapa sukarnya mentarbiah diri agar sentiasa merasa yang Dia selalu  dekat di hati. Maka hambarlah hidup sehari-hari. Walahauwalaquawataillabillahila'liyila'zim....

Ahad, Oktober 18, 2009

Sabtu, Oktober 17, 2009

E-mail daripada seorang "Sahabat"

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"  


Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF  

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.


8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut... 



 Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Delima Afrika (Permata kecil)


Harga termasuk kos post
no. 1 = RM 170
no. 2-10 = RM 130
Saiz :
Belum edit
SOLD ; 6, 7, 9,

Ahad, Oktober 11, 2009

Tasbeh 100 kayu dan teras



Harga RM 280 termasuk kos pengangkutan
Nota: stok hanya ada satu utas sahaja 

Rabu, Oktober 07, 2009

hentikanlah

Melakukan maksiat secara terang-terangan adalah agenda yang tidak lagi segan-silu dilakukan dewasa ini. Hari ini kita sudah tidak tahu lagi "si anak siapa membonceng si anak siapa, atau si anak siapa di bonceng oleh si anak siapa", baik di kampung apatah lagi di bandar. Ingatlah gelombang bala di peringkat Benua Asia belum lagi reda edahnya!. Hentikanlah perbuatan mempelawa dan mengundang bala daripada alam ini, kerana ia ada pemilikNya. Bangunlah dari lena yang panjang.... Bangunlah wahai bangsaku,  Melayu yang mengaku Islam berzaman. Hentikanlah dari terus menghampiri pagar-pagar neraka ini. Takutlah dengan kemurkaan Tuhan Rabbula'lamin. "Ya Rahman, murkaMu amat memeritkan dan tiada siapa mampu menghalang. Ya Rahim kurniailah kami kesempatan seperti mana jalan orang-orang yang telah engkau bimbingi dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai".....Amin.

4 kumpulan manusia berdasarkan "percakapan dan kecerdikan"

Kumpulan 1: Cakap bodoh, empunya diri memang bodoh............ramai
Kumpulan 2: Cakap pandai, empunya diri masih bodoh ...............ramai
Kumpulan 3: Cakap bodoh, empunya diri sebenarnya cerdik........tak ramai
Kumpulan 4: Cakap bijak, empunya diri sememangnya bijak dan cerdik.....sedikit

Kita dalam kumpulan yang mana ?.

Nota:
Nilai IQ paling tinggi otak manusia tercatat dalam rekod dunia ialah 250 % - 300 % 
adalah milik seorang berbangsa Yahudi.

Kurang Mood

Kekadang rasa kurang mood untuk memuatkan entry atau upload baru. Pelbagai alasan bela diri boleh diberi jika ditanya. Terutamanya bila kurang sempat mengadap PC. Inilah niaga sendiri!,  bukan kerana kurang atau lebih duit tapi realiti pengurusan hidup kadang-kadang menjadi terlalu mencapah. Jika boleh "hologram"kan diri alangkah seronoknya melakukan segala perkara yang perlu dibereskan.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Chrysoberyl - SOLD



Pasti asli
SOLD










Saiz cincin = 20
Saiz batu   = 23 x 18 x 7 mm
Harga = RM 390



SOLD