Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, September 29, 2009

Rawatan Jantung Secara Tradisional

Dikatakan bawang besar yang dibakar bukan sekadar rasanya manis, tetapi amat baik untuk rawatan jantung dan kulit. Cubalah amalkan memakannya bersama dengan nasi dan lauk pauk lain setiap hari. Salah seorang profesor yang tersohor di Malaysia dengar khabarnya memakan bawang besar sebiji sehari. Beliau memakannya secara mentah-mentah. Bayangkan selepas memakan daging bakar seperti satay, bawang besar dan timun hiris adalah baik diambil. Bukan sekadar untuk hilangkan rasa muak, tetapi ia berfungsi untuk menutralkan kesan bakaran atau bahan berkarbon.

Bawang merah jika dimakan mentah-mentah sebagai ulam dikatakan dapat menyuburkan benih bagi kaum lelaki. Bawang putih pula, jika diambil mentah, memang sudah tersohor untuk beberapa rawatan kesihatan. Di antaranya membunuh kuman dalam badan atau antibiotik semulajadi, mencairkan darah sehingga 25 %, mengurangkan risiko barah prostat, dan untuk kesuburan lelaki.

Kesimpulannya, di India segala jenis keluarga bawang, kunyit, lengkuas, dan halia sudah lama, malah merupakan herba tradisional turun temurun mereka. Maklumat yang baik kita cuba kongsi, kan! kan!.

Yellow Sapphire Cobochon (SOLD)






SOLD on 30/10/09

Saiz cincin = 19.5
saiz batu = 15 x 11 x 6 mm
Harga = RM 380




Ahad, September 27, 2009

Sabtu, September 26, 2009

Blue authentic moss agate with Special alloy

SAIZ CINCIN = 16.5
BAHAN ALOI BERKUALITI TINGGI
RM 350 (termasuk tambang) special alloy based on silver, Saiz batu: 19x11x6 mm, Saiz: 16.5



Khamis, September 24, 2009

Special design -Zircon synthetic biru RM 290 termasuk tambang, RM 200 + Shipping (RM10) = RM 210, Saiz 22, Saiz batu: 14x12x5 mm




Patuh tanpa bersyarat.........Namun, cubalah fahaminya walaupun sehari selembar benang.........

Kenapa kita mesti patuh kepada perintah Tuhan ?. Inilah di antara persoalan yang sangat tidak disukai oleh pemikiran orang-orang "Atheist" atau "freethinker".
Jawapan mudah ialah "Kerana kita milik Allah. Allahlah yang mencipta kita dan tentulah maha mengetahui apakah yang mesti dilakukan oleh hamba-hamba kepada Penciptanya agar hidup mereka selamat di dunia dan di akhirat". Jika kita rasa pemikiran kita sebagai manusia sangat logik, maka haruslah kita ingat bahawa sains dan teknologi Tuhan mencipta manusia adalah "Maha Logik". Kerana kelogikan tersebut adalah merangkumi "rasional tubuh" dan "rasional roh" yang tidak mampu dikoreksi oleh pemikiran manusia yang logiknya separuh jalan sahaja, seperti akar pokok yang ada jidal pada hujungnya. Ingatlah walaupun ia terpasak kuat , tetapi keadaanya masih tergantung di dalamm bumi. Sedangkan betapa misterinya "logik roh" adalah tidak terbatas...."Merangkumi 7 petala langit serta 7 petala bumi"....Inilah yang dialami oleh "Jiwa" Rasulullah S.A.W. Sebab itulah Baginda merupakan manusia yang paling patuh kepada perintah Allah. Dan Bagindalah manusia yang paling hebat samada di dunia mahupun di akhirat. Bagindalah yang Allah jadikan "Idola" untuk manusia dan bukan yang lain.

Selasa, September 22, 2009

Betapa besarnya kedewaan, keangkuhan serta kesombongan mereka dan betapa hinanya orang Islam

Rabu, 23 September 2009, Mereka amat sedih dan seluruh negara berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang hanya kerana kematian enam orang askar mereka yang dihantar ke negara Afghanistan. Sedangkan nasib negara seperti Afghanistan, Iraq dan Pelestin yang hancur lebur adalah menjadi impian dan bahan ketawa mereka di seluruh dunia. Betapa tidak adilnya mereka yang hanya melihat mereka sahaja manusia dan hanya berperikemanusiaan kepada sesama mereka sahaja. Malah, mereka lebih berperikemanusiaan kepada binatang, sedangkan orang-orang Islam semuanya plastik. Inikah realiti umat Islam di sisi dunia ?

Nota:
Kerana menangani dewa-dewa dunia yang merasai diri mereka sangat mulia itu, maka,  munasabahlah orang-orang Islam sanggup menjadi "Jin Se Alam Tunggal" yang sedang terkial-kial untuk survive di bumi ini.

Air muka kering di negeri akhirat

Tiga golongan yang air mukanya kering di negeri akhirat, iaitu;
1) Anak yang tidak menghiraukan (kebajikan) kedua-dua orang tuanya semasa meraka masih hidup.
2) Orang yang tidak menyebut atau tidak menyahut  "Sallallahua'laihiwassalam" @ S.A.W apabila diperdengarkan atau mendengar nama Rasulullah disebut.
3) Mereka yang tidak mendapat keampunan Allah di akhir bulan Ramadhan.

Kita dalam kumpulan yang mana ?

Ahad, September 20, 2009

Hijab Nabi Musa Vs hijab umat Rasullullah SAW....( Berkongsi maklumat untuk 1 Syawal 1430H )

Pertanyaan Nabi Musa semasa berhubung terus dengan Tuhannya,  Nabi Musa bertanyakan Tuhan "Ada lagikah hijab manusia yang lebih baik daripadaku, yakni mengatasi hijab di antara aku dan engkau (lebih dari ini)"

Jawapan Tuhan "Hijab di antara Aku denganmu ialah sebanyak 1001 hijab lagi, sedangkan akan ada suatu umat (Umat Muhammad) yang langsung tiada hijab di antara Aku dengan hambaKu semasa mereka berbuka puasa (puasa yang diterima di bulan Ramadhan)"

Motivasi:
Harap-harap kitalah umat itu, dan harap-harap agar puasa kita diterima Allah SWT....

Nota:
Silalah rujuk kepada mereka yang lebih arif untuk pengesahan sejarah ini. Jangan lupa tinggalkan ulasan jika ada pembetulan

Jumaat, September 18, 2009

Salam A'idilfitri untuk semua.

Di kesempatan ini saya ingin memohon berbanyak-banyak maaf daripada semua pembaca ruangan  blog ini.
Maklumlah semasa berusan mungkin ada yang terkurang daripada saya, atau ada yang terasa hati dan sebagainya. Harap-harap di akhir Ramadhan ini kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang terampun dosa di sisi Allah. Amin Ya Rabbala'lamin.

Khamis, September 17, 2009

Sedikit info tentang Melayu Kelantan VS Arab Yaman

Jika ditinjau orang Melayu Kelantan tidak banyak bezanya dengan suku Arab Yaman. Dari segi rupa paras dan saiz badan banyak persamaannya. Ini kerana di awal perkembangan ketamadunan Melayu di tanah Kelantan, ia banyak dipengaruhi oleh orang-orang Arab Yaman yang merupakan pedagang dan ulamak pada masa itu. Mereka adalah kaum yang sangat berpengaruh, dari Acheh, ke Pattani hinggalah ke tanah Jawi Kelantan.

Bagaimanapun fokus perbezaan yang agak ketara yang hendak dinyatakan di sini adalah dari dua segi. Dari segi kemajuan infrastruktur, negeri Kelantan adalah lebih maju. Tetapi dari segi perkembangan akhirat, suku Arab Yaman jauh lebih maju. Ini ternyata apabila solat tarawih yang paling banyak umumnya dibuat oleh  orang-orang Kelantan biasanya 23 rakaat sahaja, yang merupakan bilangan rakaat yang paling rendah dibuat di Yaman. Sementara bilangan rakaat yang paling banyak dibuat oleh orang-orang Yaman ialah 111 rekaat, termasuk solid 11 rekaat witir. Ini bukan cereka !

Isnin, September 14, 2009

Maaf dipinta

Dua hal nak dicatatkan secara ringkas di sini...

Pertama, saya minta maaf kepada peminat kerana tak begitu berkesempatan nak upload yang terkini.

Kedua, ada pemimpin luar negara datang ke Kota Bharu beberapa bulan lepas, memberikan kenyataan bahawa "Melayu sudah tidak mampu nak memimpin Malaysia". Sila berhati hati dengan serangan psikologi yang dimainkan oleh pemimpin ini. Dan Bersatulah Wahai Bangsaku. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan telatah gila mereka yang berniat sangat buruk kepada negara kita. Ingat dan awasilah kuncu-kuncu yang dipasangkan oleh mereka sebagai "Pak Tolol" dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Ingatlah senjata tersembunyi  masih di dada kita. Semoga negara kita sentiasa SELAMAT.

Rabu, September 09, 2009

Khadam

Kali ini saya agak tertarik untuk menyentuh pasal khadam. Difahamkan semua benda yang maujud dikatakan ada khadamnya. Apakah sebenarnya khadam ini?. Adakah ia adalah "tubuh tanpa jirim" atau bagaimana?. Jika ditinjau setiap ayat al-Qur'an juga ada khadamnya. Jadi mungkin kita terasa agak gerun untuk meneruskan pembicaraan ini dengan lebih lanjut....Sebarang komen bolehlah dimuatkan diruangan ulasan di bawah teks ini....
Sekian terima kasih

Isnin, September 07, 2009

Selamatkah anak-anak kita ?

Siapakah orang yang bakal diangkat ini ?.  Yang paling tinggi dalam seni   kepolitikannya. Yang bakal menterjemahakan keajaiban dalam pemikiran Tan Sri P. Ramlee menerusi filemnya, merealisasikan wacana masa depan bangsa kita.

Jika benar "Melayu" itu kumpulan "sarkis", siapakah di antara mereka yang sebenarnya dicari dan bakal diikut oleh seluruh melayu kini?, agar mereka bersatu kembali menegakkan maruah bangsa di bumi sendiri. Carilah "dia" agar anak-anak kita dapat diselamatkan.

Ingatlah Melayu akan kelebihan bangsamu, iaitu "seni" dan "kesenian"mu. Gunakanlah ia di masa yang amat getir ini. Senikanlah kepolitikanmu di tahap yang paling optimum. Kerana hanya bangsamu yang mampu merubah bangsamu. Dan ingatlah bahawa bangsamu adalah Islam berzaman....Semoga mendapat pertolongan di sisi Tuhan.

Jumaat, September 04, 2009

Jarum Emas Merah, jenis batu yang jarang ditemui SOLD


RARE RED RUTILE: SOLD (12/11/09)

Saiz Cincin = 20.5
Berat permata ~ 15 cts
Harga RM 450

Selasa, September 01, 2009

Fosil permata CYPRUS RM 70

Lagi fosil permata dari kayu Cyprus. RM 70

Kelemahan

Salam untuk semua
Kelemahan utama bagi orang melayu pada umumnya adalah sukar untuk berhenti sebelum kenyang, walaupun ia suatu sunnah. Inilah masalah kaum kita walaupun ada segelintir yang mampu berbuat demikian. Amalan ini menunjukkan orang melayu suka kepada kepuasan maksima. Hal ini berlaku biasanya dalam banyak perkara.... Jangan terasa lo.....