Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Julai 29, 2009

Yang buruk jadikan sempadan

Ini skit cerita aktiviti orang Melayu Vs Orang Puteh

Melayu;
Bila berseorangan...Berkhayal
Bila berdua...Mengumpat
Bila bertiga...Dua menjatuhkan yang seorang

Orang Puteh:
Bila berseorangan...Membaca
Bila berdua...Berbincang
Bila bertiga...Mula menakluk negara orang

Bismillahhitawakkaltua'lallah

Demi agama, maruah, tabungan, dan kebudayaan serta ketamadunan anak-cucu kita pada masa depan, biarlah kita sesal dahulu jangan anak-cucu-cicit kita sesal kemudian.

Tersilap yang sudah-sudah, masih boleh diubah lagi jika kita masih ikhlas mahu memperbetulkannya. pokok pangkalnya bermula dengan kesedaran, ilmu dan kesungguhan. Fahaman politik sepatutnya bukan penghalang dan tidaklah pula menjadi peranan paling utama dalam memacukan masa depan generasi bangsa.

Ingatlah bangsa lain sudah lama mengkaji kelemahan dan kekuatan bangsa kita. Mempertahankan masa depan bangsa adalah tugas dan hak setiap individu bangsa itu sendiri. Kitalah orang itu! bukan orang lain. Dalam kita melayan kerenah bodoh untuk kepentingan jangka pendek kita, bangsa lain bertepuk tangan. Bukan itu saja, mereka dah lama cuba menguasai bumi kita.

Tragiknya kita masih asyik dengan berpistol-pistolan, belum puas-puas dengan hobi yang sama!. Nak kata kita buta sejarah, langsung tidak masuk dek akal!. Amat malanglah jika kita selalu bersendiwara dengan sejarah lampau dan menjangkakan yang ia tidak akan berulang. Seperti mana amat malangnya jika anak cucu melayu di Malaysia nanti terpaksa menjalani kelaparan di kepuk, kehausan di danau yang sudah lama nama Tanah Melayunya hilang.

Akhirnya jangan sedih sangat dengan nama "melayu" yang bunyinya seperti bersifat "layu". Jangan bangga sangat dengan kata-kata Laksamana Melayu "takkan melayu hilang di dunia", dan janganlah mengharap sangat dengan senjata dan kehebatan kita yang terakhir, yang sememangnya sudah terkenal seantero seluruh dunia itu, iaitu "amok orang melayu". Sejarah telah membuktikan yang melayu Tamasek (Singapura) tidak sempat mengamokpun!. Di sana kera di hutan minum susu bercampur madu. Yang tinggal hanyalah latah-melatah Melayu Semenanjung.

Nota:
Pak cik senyum sumbing mengenangkan cucu-cicit melayu Tamasek

Selasa, Julai 28, 2009

Bismillahhirrahmannirrahim

Wahai Melayu bangsaku, mahu teruskan sampai bilakah lagi perpecahan ini?, jadilah satu yang teraku di sisi Tuhan.......... ..........

Khamis, Julai 23, 2009

Untuk perhatian 'ambo' (Sabahan+Kelantanese)



SOLD OUT 

Salam Tuan,
Ini sahaja Ceylon Sapphire yang ada dalam stok buat masa ini.
Maaflah tidak ada batu cutting 6-7 cts seperti yang diminta oleh tuan seperti dalam chat. Buat pengetahuan tuan barangan jenis ini cepat laris di pasaran, biasanya ambil masa 1 hingga 2 bulan sahaja kerana ia adalah klasifikasi batu permata terhad.
Untuk harga diharap dapat dimaklumkan dalam e-mail.
SOLD OUT

Permata Alexandrite Asli Dari Sri Langka RM 1129 / cts




Contoh ikatan yang sesuai dengan batu permata kecil




BATU PECIK

Isnin, Julai 20, 2009

Salam untuk Kerabu Bersuara: Asalkan cerita mati dan kematian dari perspektif Islam saya cedoklah ya!

July 20, 2009
PERGI TAK KEMBALI (9) : MATA IKUT RUH KELUAR

Mati adalah sesuatu yang pasti. Mati bukan perkara kecil, malah ia dinamakan sebagai kiamat kecil. Mati bermaksud, ruh keluar dari jasad, maka tinggallah jasad yang kaku, tidak bergerak lagi.

Ketika keluarnya ruh dari jasad, kesakitannya teramat sangat. Kesakitan ruh keluar dari jasad, diumpamakan seperti kayu yang berduri ditarik dari kapas yang basah. Betapa susahnya kayu berduri di tarik dalam kapas yang basah, begitulah susahnya ruh yang keluar dari jasad.

Apabila ruh itu sangat susah hendak keluar dari jasad, sudah pasti ketika ruh ditarik keluar oleh malaikat maut, mata manusia itu akan sama-sama mengikut perjalanan keluar ruh. Ekoran itulah, kita akan dapati kebiasaan orang yang meninggal dunia, mata mereka akan terbuka.

Perkara ini, diakui sendiri oleh wahyu menerusi lidah nabi SAW yang bersabda;

إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَ

Maksudnya;
”apabila kamu menghadiri kematian seseorang kamu, maka pejamkanlah mata si mati, kerana matanya mengikuti ruhnya[1]”

Apabila kita membaca hadis ini, sedikit sebanyak kita dapat bayangkan betapa susahnya ruh mahu berpisah dari jasad. Kesusahan dizahirkan oleh Allah dihadapan para manusia yang masih hidup dengan diperlihatkan mata si mati yang terbuka sejurus kematian.

Kesusahan ruh keluar dari jasad ini, tidak sekadar berlaku kepada orang-orang yang jahat sahaja, malah ia berlaku kepada semua manusia, termasuk manusia yang baik.

Cuba bayangkan, jika manusia itu jahat, dengan melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah SWT, lalu dia mati dalam keadaan sedang melakukan maksiat, sudah pasti dia ditimpa kesakitan yang berganda. Saat kematian dia berhadapan dengan kesakitan. Saat di alam barzakh nanti pun, dia ditimpa kerungsingan hidup yang tidak berkesudahan.

Justeru, tidak hairanlah pada mereka yang meletakkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya akan bercita-cita mahu mati syahid, mati dalam berperang untuk menaikkan kalimah Allah yang paling tinggi. Ini kerana, mati syahid adalah mati yang diberikan nikmat oleh Allah SWT kepada sesiapa yang Dia mahu. ia adalah mati terpilih, yang tidak ditimpakan sebarang sakit yang kuat, malah ia merupakan mati yang dikehendaki orang yang syahid itu agar dia dimatikan berkali-kali.

Sabda Nabi SAW;

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَأَنَّ لَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ غَيْرُ الشَّهِيدِ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِ

Maksudnya;
”tidak seorang pun yang masuk syurga, bahawa dia mahu kembali ke dunia. Baginya mempunyai apa-apa pun melainkan syahid. Ini kerana, dia berkehendak kembali ke dunia lalu dibunuh sebanyak 10 kali disebabkan melihat karamah (kemuliaan)[2]”

Jika dilihat kepada mati selain syahid, manusia yang mati terasa perit dengan kematian. Adapun mati syahid, keperitan dengan kematian tidak berlaku, bahkan yang wujudnya adalah keinginan dimatikan berkali-kali, lantaran keenakkan mati tersebut.

Itu bagi kematian yang disifatkan sebagai syahid, tetapi keadaannya amat berbeda dengan kematian biasa. Kematian biasa, dihadapi dengan kesakitan yang amat sangat sehingga sampai satu tahap, apabila mereka mati, mata mereka akan terbuka lantaran mengikut ruh keluar dari jasad.

Dalam pesanan Nabi SAW, apabila didapati seseorang yang mati itu matanya terbuka, maka hendaklah manusia yang hidup itu menutup matanya tersebut.

Semasa menutupkan mata si mati tersebut, digalakkan semasa menutup itu membaca beberapa doa. Antara lain disebut oleh seorang ulama salaf, Bakr bin Abdillah Al-Muzani dengan katanya, ”apabila kamu mahu menutupkan mata si mati, maka hendaklah kamu membaca;

بسم الله و علي ملة رسول الله (ص), اللهم صل علي محمد و على اله وصحبه أجمعين

Maksudnya;
“Dengan Nama Allah, dan terhadap Rasulullah SAW. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW, juga terhadap ahli kelurga dan sahabat baginda seluruhnya[3]”

”Cara menutupkan mata mayat itu pula, hendaklah ditutup ketika mayat itu terbukti telah meninggal dunia” jelas Imam Abu Daud.

Nyata, kematian bukanlah perkara remeh, malah ia adalah sesuatu yang berat dan menyakitkan. Justeru, selamatkan diri kita dari kesakitan itu dengan amalan soleh dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 Julai 2009 * 11:03 pagi

Bismillahirrahmanirrahim..........

Elakkanlah hobi mengumpul musuh, yang pasti akan merugikan kita sendiri. Takut-takut jika ada sedikit untungpun, seronoknya bersifat terlalu sementara dan bertakluk di sekitar otak dan pemikiran sahaja, tidak terhidu dek hati yang putih, bahkan tiada keberkatannya. Ikthiarlah memperbaiki diri sendiri. Walaupun orang tidak tahu apa yang kita buat, tapi ingatlah Tuhan sentiasa mengetahui dan sentiasa memerhati.... Bagaimana dan ke arah mana tari kita akhirnya pasti berhujungkan sumbang serta sumbing. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Ahad, Julai 19, 2009

HARGA RUNTUH!!!

Mulai 19/7/09 saya telah menetapkan harga runtuh bagi barangan terpilih.
Kepada rakan-rakan sila rujuk entry berkenaan yang saya tandakan dengan
HARGA RUNTUH!!!. Sila rujuk barangan ini hingga ke tarikh March 01, 2009. Itulah harga yang paling rendah yang saya mampu bagi.

UBAT MATA AL- KAUSAR

SOLD OUT...


SULUR BERTAM UNTUK PERMATA CINCIN





HARGA:
SAIZ KECIL RM 50
SAIZ BESAR RM 70
Harga termasuk kos pos

Sabtu, Julai 18, 2009

Selasa, Julai 14, 2009

DUNIA ....Mana yang di ambil?, mana yang ditinggalkan?

Urusan dunia; carilah, buatlah, bersungguh-sungguhlah!.....Tapi "hati", "rasa", dan "jiwa" kita, tidak boleh memujanya kerana sabda junjungan Baginda "dunia itu najis"-Auqamaqal.

Bukti kita bersifat hina....

Setelah terbaring sekujur tubuh. Roh telah kembali kepada pemilik asalnya.... itulah diri kita, yang terkujur itu!!!!

Hebatkah kita ?

Jika selepas melakukan sesuatu kebaikan atau kebajikan. Apa rasa kita ?
"hebat diriku!" ???....Wah!!!...kita sebenarnya telah BINASA!!!!.

Isnin, Julai 13, 2009

MENGURUSKAN KECELARUAN

Bercelarukah pemikiran kita?. Jika ya apakah sebabnya?
Di antara sebab yang jelas ialah kerana kita telah mencampur adukkan segala hal dalam suatu sessi berfikir. Cubalahlah elakkan hal seperti ini.

Bayangkan jika 10 channel sekali gus masuk kedalam otak, gajahpun boleh rebah!. Oleh itu cubalah membina pemikiran kita dalam bentuk fail-fail, laci-laci, almari-almari, kabinet, gudang maupun gedung, yang membezakan semua bab yang berlainan ini. Bukalah fail atau mana-mana peralatan ini apabila diperlukan sahaja. Kawallah diri kita agar tidak terlalu banyak fail yang terbuka dalam suatu masa. Ini akan mengurangkan keletihan kita dalam berfikir.

Biasanya semasa sembahyanglah segala cucu-cicit hingga ke tok-nenek fail pemikiran ini akan terbuka. Tanamkanlah rasa benci kepada keperamahannya. Di masa itu, Bisikkanlah kepada diri sendiri "Aku sedang sembahyang"-"ALLAHUAKBAR", kerana kita sedang menghadap Rabbuljalil yang tidak dapat tidak, wajib kita akan kembali kepadaNya. Hajikanlah seluruh anggota kita.....

Khamis, Julai 09, 2009

Tempahan cincin Sg Nil dah siap, tidak dituntut oleh penempah



Milik saudara kita dari Shah Alam.
Oleh kerana cincintempahan ini tidak dituntut dengan tanpa apa-apa bayaran dibuat, maka mulai hari ini 2/9/09 ia di buka untuk jualan kepada umum

Selasa, Julai 07, 2009

Silver ring with Amethist cut gem RM 150 include shipping cost



2 pcs sold on 16 & 17/7/09. tinggal satu pcs

Sila ke links: Amethist jika berminat

Ahad, Julai 05, 2009

"Mujurnya!..." atau "nasib baiknya!"....

Di kalangan masyarakat melayu, perkataan "mujur" sering kali terungkap di bibir mulut, terutamanya apabila terselamat daripada apa-apa juga bentuk kerugian yang lebih besar. Baik bentuk kesakitan, kerosakan, kesedihan, kewangan, kehilangan, atau apa juga bentuk kengsengsaraan samada zahir ataupun batin. Di kala kengsengsaraan ini tidak terus menerus ke arah yang lebih serius, maka kerap kalilah kita merasa nasib masih menyebelahi diri kita. Perkataan "mujur" atau "nasib baik" inilah yang sering terucap dan kerap kali pula berlaku secara spontan.

Cubalah diamkan diri dan renungkan sejenak, dari manakah punca datangnya ucapan itu sehingga terkeluar dibibir mulut kita sendiri..... takkanlah ia datang dari orang lain atau dari luar tubuh kita. Pastilah dari dalam diri kita. Seperti salah satu daripada lirik dalam lagu M.Nasir "Kebenaran itu ada di dalam". Tanpa renung dan perhati kita mungkin sangat rugi kerana tidak memerhatikan perkara penting yang diajar oleh jiwa kita, yang dijelmakan di mulut, dan dipaparkan di telinga. Semua anggota tadi adalah paling dekat dengan diri kita. Takkanlah ia untuk orang lain. Pastilah untuk diri kita sendiri. Hebatnya jiwa kita mengajar kita jika kita memerhati....Siapakah lagi pada diri kita yang mampu menterjemahkannya jika bukan diri hati yang putih.

Cubalah panjangkan rasa "mujur" tadi lebih sedikit, yakni dengan jiwa kita
ke hadirat Illahi, Tuhan yang kita semua akui. Ia tidak memanjangkan ujian itu ke tahap yang kita tidak mampu. Tanyalah lagi diri sendiri, tidakkah sebenarnya jiwa kita mengajar ke arah erti "syukur" dan "redha" kepadaNya?.

Ceylon Sapphire Cut - SOLD ON 13/7/09




SOLD ON 13/7/09

Jumaat, Julai 03, 2009

Colombian Emerald Cut




SOLD = Drop shape cut sold on 17/3/09

HARGA RUNTUH!!!!
PERMATA EMPAT SEGI PANJANG RM 300
PERMATA EMPAT SEGI PENDEK RM 250


SOLD OUT !!!

Khamis, Julai 02, 2009

Tourmalin RM 50 satu






HARGA RUNTUH !!!! RM 40 SATU

Bab puja memuja.......

Memang lumrah manusia, suka sangat memuja sesuatu. Tapi harap janganlah tersalah puja. takut-taku yang dipuja lebih hina daripada diri yang memuja.
Dah tahu!... tahu tak apa!

Rabu, Julai 01, 2009

JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS HARAP

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, perkara yang paling penting adalah menuju kematian. Oleh itu diharap janganlah kita berputus harap dalam berdoa, dalam ingat dan zikir kepada yang Maha Berhak, walaupun di tahap atau bentuk seburuk manapun kita. Takut-takut dalam penzahiran akhirat nanti kita tergolong ke dalam golongan yang menyesal atau paling menyesal!. Wanau'zubillah. Di antara kata-kata seorang yang saya anggap arif berkata "Tuhan sangat suka kepada orang yang selalu mengadu kepadanya, walaupun kita menuduh kepadaNya, itu adalah lebih baik daripada menuduh kepada yang lain" .... renung dan intailah!