Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Mei 31, 2009

Bercuti Sekejap....kerana terapi minda!

Mulai hari Isnin, 1/6/09 hingga mungkin dua atau tiga hari lagi, saya sekeluarga tiada di rumah. Sekadar menyahut secuit daripada cuti-cuti Malaysia, rehatkan minda bercuti bersama keluarga kjap!. Terapi bersahaja ini kekadang perlu. Jadi kepada rakan atau pelanggan, jangan terasa hati jika e-mail lambat dibalas, kerana notebook saya tidak dapat berfungsi buat sementara waktu ini.

Cincin bersadur 18 karat Au atau Pt



sadur kuning;
Saiz no 15
Harga RM60
sadur putih;
Saiz no 14
harga RM30

Sabtu, Mei 30, 2009

Tik..Tek..Tik..Tek.. Debaran bakal pengantin !




Cincin emas permata Nilam kuning Ceylon, bertatahkan berlian asli, bahagian atas chrome platinum.

Tempahan bakal
"Raja Sehari"...Bukan setakat mereka berdua aje, tapi saya juga turut berdebar!. Kenapa tidaknya. Tukang tidak "dan" tangan riuh pasal barang tempahan musim pengantin. "Ronaldo" selaku penyerang utama pula tidak turun padang. Janji nak betul-betul "sharp time" tempahan mesti siap!. Indahnya Tuhan menyusunkan kerja untuk kita jalankan secara berpasukan. Nervouspun tak apalah, harap jangan kena darah tinggi.

Selasa, Mei 26, 2009

Pencuci mata tidak semestimya beharga mahal



Gambar atas:
Saiz cincin = no 20

gambar bawah:
Saiz cincin = no 16.5

Kedua-duanya perak burma bersadurkan emas 18k, berlian swiss

Harga patut RM60 setiap satu termasuk pos. tambah RM5 bagi negeri Sabah dan Sarawak

Isnin, Mei 25, 2009

Cincin Peridot synthetic wanita



Saiz cincin : no 14
Bodi Cincin Perak Burma sadur suasa
Harga RM 30
+ pos RM 10
-----------
RM 40
-----------

Sabtu, Mei 23, 2009

MATAHARI VS MATA HATI

Bissmillahirrahmanirrahim.

Walaupun jaraknya sangat jauh, cahayanya serta bahang panasnya jelas dirasai oleh kita. Tindakbalas di antara nukleus hidrogen di dalam matahari membebaskan 15 juta darjah celcius tenaga haba. Menjadikan matahari amat istimewa dan merupakan sahabat kepada manusia dan kehidupan. Merupakan sumber tenaga utama kepada kehidupan di bumi. Peranannya yang terpenting dalam menjayakan proses fotosintesis sebagai sumber tenaga dan kesinambungan kehidupan di bumi, sehinggalah orang-orang Jepun amat mengagongkannya dan melihat matahari sebagai tuhan mereka.

Kepada mereka yang mentauhidkan Allah, matahari dilihat sebagai sahabat. Setiap hari matahari memberikan peringatan, bahawa api sangat panas. Setiap hari kita dipanaskan di bawah bahangnya. Setiap hari dengan tanpa sepatah suarapun menyerukan kita bahawa api sangat panas!, neraka sangat dan amat menyeksakan!!!!. Pun begitu, kepanasan neraka bukanlah kerana mahu menyeksa manusia, tetapi merupakan proses menulenkan semula manusia daripada segala sifat kotor dan keji, mensucikan mereka kepada sifat semulajadinya, iaitu sifat suci. Proses pembersihan yang mesti dilalui oleh setiap jiwa yang kotor. Kecuali kita sudah bersih sebelum kembali, Kita sudah suci sebelum disucikan, Kita sudah sembahyang sebelum disembahyangkan, dan kita sudah mati sebelum dimatikan.

Sebaliknya mata hatilah yang melihat dan membaca semua ini. Membedakan yang benar dengan yang bathil, membedakan yang kotor dan keji dengan yang suci, membedakan laluan yang jahil dengan yang mengerti, membedakan jalan yang sesat dengan jalan yang lurus. Kealpaan dan kelalaian dikejutkan dan disuluh oleh mata ini, iaitu mata hati, kerana di situlah "Qalbumukminbaitullah"

Jumaat, Mei 22, 2009

Batu permata penawar tok wali yang baru siap - RM 60 setiap satu . Mulai Minggu depan saya bersedia untuk jualan borong






Perhatian
Pakej Harga,

1 pcs - RM60 termasuk pos, tambah RM5 untuk Sabah dan Sarawak
2 pcs - RM110
3 pcs - RM150
4 pcs - RM180
5 pcs - RM200
10pcs - RM400

Benarkah ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat?.
Saya tidak tahu pasal ini, dan sila rujuk orang yang lebih arif.

Blue Topaz Asli RM 500 - SOLD





Saiz cincin = no 18
Saiz permata = 16 x 11 x 7 mm
Harga RM 500

SOLD ON 12/6/09

Peridot ke Johor, Blue Topaz ke Kuala Lumpur










Hanya dua tempahan yang baru siap. Belum boleh hantar kerana hujung minggu, posmen cuti!.

Khamis, Mei 21, 2009

Tasbeh sederhana besar (99 pcs) dan kecil (165 pcs) milik Encik Masagoes - Singapura



Dua minggu saya mengintai-ngintai terutama untuk mendapatkan saiz manik yang sama. Merupakan tasbeh kemuning hitam. Tempahan khas adalah manik bilangan 165 pcs.
Saya sekadar cuba memenuhi permintaan peminat. Diharap pemilik akan berpuas hati.

Rabu, Mei 20, 2009

INTERNET TERLALU SLOW

Salam;

ssh...sSh....sSH........ Hampir tertidur kawe!!!!

Selasa, Mei 19, 2009

RANTAI TANGAN PERAK BURMA











Rantai tangan yang berkualiti. Merupakan perak Burma bersadurkan emas putih dan kuning. Bertatahkan berlian Swiss. Harga adalah seperti yang terpapar pada setiap gambar. Kos pengangkutan RM 10 bagi Semenanjung dan RM 15 bagi Sabah dan Sarawak

Sabtu, Mei 16, 2009

TASBEH TERAS DELIMA 99 PCS MANIK,




Benarkah ia boleh dijadikan ubat atau penawar.... Terserah! saya tak tahu...

HARGA RM 200 TERMASUK POSLAJU. TAMBAH RM 10 UNTUK SABAH DAN SARAWAK. Pembeli paling awal akan diutamakan!

HARGA RUNTUH!!! RM 150 SATU

Jumaat, Mei 15, 2009

PERMATA PENAWAR TOK WALI SEDANG DICANAI...Nantikan kemunculannya jika tiada "aral"


Permata Penawar Tok Wali yang saiz gambarnya telah diperbesarkan sebanyak 10 kali daripada saiz asalnya. Berasal dari negara Thailand.
Benarkah ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat?.
Terserah! saya tak tahu-menahu
Saya harap dapat meletakkan pada harga yang termurah mungkin. Kecuali batu jenis terpilih (hai rakan.... modalpun nak kena cover jugak)

Rabu, Mei 13, 2009

BANTAL TERAPI HABA (SOLD OUT)




Di kenali di Kelantan dengan nama "Bantal Ajaib".
HARGA:
RM 100 Termasuk Pos. RM 110 bagi Sabah dan Sarawak


Jika berminat sila ke links: Biarkan Herba Bercakap

Isnin, Mei 11, 2009

Sayangilah Malaysia, Negara Yang Tercinta Ini

Janganlah merobekkan keamanan dan keutuhan negara yang sudah lama dibina dan dibangunkan selama ini dengan tangan-tangan dan hati kita. Perhatikanlah niat kita, ke arah mana. Ingatlah tanggungjawab kita sebagai warganegara yang di sini kita berteduh, di sini jualah langit yang kita junjung. Kita jugalah yang menentukan dan membentuk generasi akan datang. Hitam contengan kita hari ini, maka hitamlah masa depan generasi mendatang. Sebaliknya putih yang kita conteng, maka akan putihlah ia.





S E L A M A T

Ahad, Mei 10, 2009

Bagaimana Bermulanya Cincin Ikatan Berlian Sendeng


Akhir-akhir ini ramai dikalangan penempah cincin berminat dengan cincin ikatan berlian sendeng. Malah dewasa ini, ikatan jenis ini menjadi semakin popular di Kota Bharu. Tahukah bagaimana ia mula terhasil ?.

Sebenarnya ia bermula dengan masalah batu yang terlalu tinggi. Se orang pembeli cincin saya dari Kuala Lumpur (pembelian pada 24/1/09) telah memberikan semula cincin yang telah dibelinya kepada saya, dan meminta saya mengubahsuai ikatannya supaya kelihatan lebih menarik. Oleh kerana beliau terlalu minat dengan batu tersebut, dan mahukan ikatan batu dililit dengan berlian, dalam masa yang sama mahukan ikatan yang munasabah cantiknya. Hai termenung juga seketika melihatkan tinggi batu tersebut yang langsung tak sesuai dengan ikatan lilit berlian.

Tiga hari selepas itu, saya mula terbayangkan dengan jelas , iaitu gambaran berlian diletak secara sendeng atau mencerun supaya ketinggian batu tidak lagi kelihatan tinggi seperti berada dipuncak bukit. Idea ini saya bincangkan dengan dua orang tukang yang berkebolehan. Setelah tiga minggu bertukang, terjadilah ikatan seperti gambar cincin di atas, yang dinamakan ikatan "Berlian Sendeng"

Semalam (9/5/09) saya sempat bersembang dengan salah se orang tukang tersebut. Katanya, kini ikatan tersebut sangat popular dan kerap kali di tempah olih peminat. Yang menghairankan banyak juga batu jenis rendah dibuat ikatan jenis ini. Saya tersenyum dan dalam hati berkata, "sebenarnya masalah telah mewujudkan suatu peluang". Rakan setuju tak ?

S E L A M A T

Hai Masalah!....

Jangan melihat suatu masalah sebagai masalah. Berfikirlah secara positif. Setiap masalah dalam hidup yang kita lalui mesti ada sebabnya. Terburu-buru atau panik biasanya mendatangkan impak yang lebih memudaratkan. Renung... fikir...walau sejenak dan ingat setiap kepahitan hujungnya manis. Ingat!, petua orang-orang tua, setiap yang luas di hadapan, hujungnya sempit. Dan setiap yang sempit di hadapan hujungnya luas. Untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara haruslah merujuk petua ini.

Batu Moonstone Cantik RM 150


Batu Moss Agate RM 40

Batu Petersite RM 70 (harga istimewa)


Batu Moonstone RM 70


Batu Blue Moss Agate RM 80


Batu Agate Kuning



RM 80

Batu Agate Biru - SOLD



(SOLD)
Saiz batu =
Harga RM 40

Sabtu, Mei 09, 2009

Nasihat Berguna Kepada Blogger Kecil Seperti Saya

Di harap tidak salah jika kita mengambil sesuatu yang baik untuk tujuan baik.
Di antara blog yang saya suka ikuti dan amat minat dengan keunikan bahasa yang begitu memikat dan memberi impak positif pada jiwa saya....
http://cikgunasir.blogspot.com...Cubalah jengok walaupun sekali sekala

Thursday, May 07, 2009

Renung vs tenung


Renung menggunakan hati , tenung menggunakan mata. Gabungan tenung dan renung menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita terutamanya nikmat keamanan dan kemakmuran di Tanah Jawi ini. Jangan rosakkan amanah ini dengan tangan-tangan kita.


Mengapa kita membeli....
Kita membeli kerana ada kuasa beli (wang). Tapi kuasa beli belum dapat menentukan seseorang itu membeli, kerana keinginan akan menentukan apakah yang akan dibeli. Soalnya dari mana datangnya keinginan atau lintasan untuk membeli. Ikut hati mati.



Kadang-kadang....

Ramai yang mencari, tapi tak tahu apa yang dicari. Ramai yang petah bercakap tapi tak pernah merasai apa yang dicakap-cakapkan itu. Jarang-jarang yang dibukakan mata hati untuk tembus pandang....benarkanlah kata-katanya.



Mentafsir tanda-tanda

Simbol atau tanda memerlukan pengetahuan untuk difahami. Contohnya lambang tengkorak pada sign board di tepi jalan mengambarkan kawasan yang sering berlaku kemalangan. Dalam konteks diri, tanda-tanda (gerak-gerak) yang berlaku pada tubuh kita perlu ditafsir oleh kita untuk memahaminya. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Jika saudara dalam perjalanan untuk mengenal hakikat kejadian diri carilah, tafsirlah signboard dan signal-signal yang sedia ada dengan tepat.

"ikutlah hati agar kita dapat mati sebelum mati"


Kenapa angguk

Semasa beri salam, selalu ada orang angguk kepala semasa pertengahan antara salam kanan dan salam kiri. Angguk pada siapa tuh. Jangan nak memandai-mandai menambah perkara yang tidak ada dalam rukun solat. Tak payah angguk, pusingkan sahaja kepala, lihat pada bahu. Kemudian berhenti seketika ditengah dan pusinglah ke kiri dan lihat bahu. Harap tak ada lagi yang mengangguk-ngangguk.


Arahkan semuanya ke kiblat

Semasa solat hadapkan semua anggota badan ke arah kiblat. Jari jemari kaki mestilah mengadap kiblat, begitu juga semasa duduk pada tahayyat, janganlah dicondongkan kepala macam orang cacat, tegakkan leher. Satu lagi jangan lupa hadapkan hati pada Allah.


Sunday, May 03, 2009
Menjaga tertib dalam bisnes......


Perniagaan adalah sunnah, tapi jika salah urus karenah akan menimbulkan fitnah. Antara peranan awal perniagaan ialah untuk menghubungkan antara pengeluar dan pengguna. Apabila proses ini berlaku peniaga akan mengambil keuntungan kerana berada di tengah-tengah urusniaga. Walau bagaimanapun perniagaan ada etikanya yang tersendiri mengikut bidang perniagaan yang diceburi. Rangkaian dan jalinan sesuatu perniagaan jangan kita rombak sesuka hati. Kejujuran juga mestilah diutamakan, jangan kita aniaya pembeli-pembeli yang berurusan dengan kita. Jika berlaku kesilapan, atau salah faham dalam jual beli, kembalikan hak pembeli mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui atau pun mengikut budi bicara yang tulus. Jagalah nama baik kita dalam urusniaga. Sekali kita menipu dan tidak amanah, nama kita terpahat kemas pada minda pembeli, cerita peniaga penipu juga mudah tesebar kerana pelanggan berasa teraniaya dan tidak ingin orang lain juga turut teraniaya. Musang masyhur kerana jebatnya, manusia mashur kerana semerbaknya.

Posted by Mohd Nasir at 6:24 PM 0 comments