Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Januari 31, 2009

Bahasa alam

Pelbagai bunyi yang kita dengar di sekeliling kita. Apakah yang mahu disampaikan?, Fahamkah kita dengan penyampaian itu?. Perhatilah bahasa alam ini yang jarang kita ambil peduli.

Ahad, Januari 25, 2009

Amat seronok apabila sesekali rakan dari KL singgah di KB

24/1/09
Rakan dari KL
Kaw-Kaw nak bagi tahu lu...
Berniaga no ke 88, sembang no 1

Sabtu, Januari 24, 2009

Kelebihan batu Jasper (Quartz)

Kandungan kimia : SiO2 ( Silicon diokside )
Warna : Campuran dagingan/bayangan (shades of) coklat, merah dan kuning, ungu, hijau, hitam, putih, dan kelabu. Biasanya daripada beberapa campuran warna ini.
Asal negara : Seluruh dunia
Kekerasan batu : 7-7.5

Kelebihan:
-Mengimbangkan emosi
-Menguatkan badan yang lemah dan membekalkan kekuatan fizikal
-Memberikan kesan kesihatan di kawasan abdomen badan (dada ke pinggul)-mengurangkan kesakitan dan mungkin merawat bahagian abdomen yang sakit.
-Batu jasper bewarna kecoklatan adalah berhubungan dengan kesihatan "liver" (hati)_ dan sistem digest/penghadaman badan. Sementara campuran warna kemerahan pada batu jasper menguatkan dan merawat impotence/lemah tenaga batin bagi lelaki.

Sekian dan BERSAMBUNG LAGI.....jika ada masa dan peluang yang sesuai.

Teh Emas - sold out






22/2/10
 SEMUA STOK TELAH HABIS










1 kotak mengandungi 12 kiub.

1 kiub dilarutkan dalam satu gelas air panas. Diminum 1 gelas setiap malam. Jadi 1 kotak dapat gunakan untuk 12 hari

Merupakan Minuman Berfungsi mewah;
100% dari buah MOMORDICAE . Telah diamalkan lebih dari 200 tahun oleh penduduk Islam Guilin, China.

Fungsi:
1) Membekalkan Oksigen badan
2) Membersih sistem usus
3) Membersih sistem saraf
4) Menyegarkan sistem pernafasan (asma)
5) Penawar resdung
6) Mengawal pembiakan jerawat
7) membersih sistem buah pinggang
8) Menyegarkan suhu badan
9) melegakan batuk dan kahak
10) Menyekat pembiakan hama badan

Cara penyediaan minuman:
1) larutkan 1 kiub dalam satu cawan air panas
2) Minum sekali setiap malam
3) Jadikan sebagai minuman harian
4) Amalkan selawat dan doa
5) Minum air sejuk 8 gelas sehari

Pakej Harga;

1 kotak RM 15
2 kotak RM 28
3 kotak RM 40
6 kotak RM 80

Kos pengangkutan RM 10

Jumaat, Januari 23, 2009

Blue Topaz asli


RM 100 setiap satu termasuk tambang

NOTA;
Permata No 1 dan 2 - SOLD

Rabu, Januari 21, 2009

Kehendak

Si anu berkata "Alangkah baiknya jika Tuhanku memberikan apa yang aku inginkan". Benarkah begitu ?. Perhatikanlah dalam hidup ini kadang-kadang kehendak kita sendiri akhirnya memberikan kesan atau kesudahan yang tidak baik untuk kita. Sebab itulah kadang-kadang ada juga si anu yang berkata "Alangkah baiknya jika Tuhanku tidak memberikan apa yang aku inginkan". Cubalah perhatikan lintasan hati kita, kehendak siapa ?. Janganlah terburu-buru dalam tindakan kita. Mentang-mentang dilihat manis terus ditelan, mungkin ia sebenarnya racun untuk kita. Dilihat pahit pula terus diluah, mungkin ia sebenarnya penawar untuk kita. Bodek-bodeklah diri dalam menilai dan memerhati apakah yang sebenarnya sesuai untuk kita. Beza-bezakanlah mimpi, angan-angan dan realiti. Mungkin selangkah kedepan dalam hal ini jauh lebih bererti untuk kita menuju kematangan sebagai manusia.

Ahad, Januari 18, 2009

Synthetic Ruby Ring



Saiz Cincin = 16
saiz Permata = 13 x 11 x 10 mm
Harga = RM 150 termasuk tambang













Sabtu, Januari 17, 2009

Colombian Emerald(Asli)














Saiz cincin = 19.5
Saiz batu = 10 x 9 x 6 mm
Harga = RM 450 (termasuk tambang)

Soal diri kita

Cubalah kita renung dalam diri kita dengan sepenuh ikhlas yang kita mampu. Bayangkan kita sedang menjawab persoalan untuk diri sendiri. Di antara persoalan yang mungkin berligar pada fikiran dan perasaan kita;

1) Banggakah kita atau malukah kita bila terlintas persoalan...."Eh!!!....Aku ini khalifah di sini ?"
2) Apakah yang kita faham tentang makna khalifah di sini ?
3) Apakah tugas kita sebagai khalifah di sini ?
4) Siapa kita selepas menjawat jawatan khalifah di sini ?
5) Apakah yang akan kita persembahkan kepada Tuhan nanti ?
6) Siapakah manusia kita pandang ?
7) Siapakah pula kita manusia pandang ?
8) Siapa Tuhan kita pandang ?
9) Siapakah pula kita Tuhan pandang ?
10) Berjayakah agaknya kita ? atau gagalkah agaknya kita ? .... Di Sisi Tuhan.

Khamis, Januari 15, 2009

TERAS GEMUNGAL PULAU - RM70 TERMASUK POS


RM 70 Setiap satu (termasuk POS,) RM 75 bagi Sabah dan Sarawak
Perhatian
Semua ini merupakan teras gemungal asli-diperolehi daripada orang yang sangat arif
mengenai teras kayu gemungal
Sudah terbukti dan
Jenis pulau susah diperolehi


NO 3; SOLD

Rabu, Januari 14, 2009

ZAMRUD KALIMANTAN


RM 80 setiap satu
termasuk tambang

Stok yang masih tinggal hanya no 2 dan 4 sahaja

PETERSITE ASLI DARI BRAZIL

Gambar no 3,4 & 5 telah dijual.

Jumaat, Januari 09, 2009

Waktu-waktu Sibuk

Sehari dua ni agak sibuk sedikit. Tak sempat nak masukkan "entry" baru.

Selasa, Januari 06, 2009

Law Of Nature

Hukum Alam menjelaskan bahawa apa sahaja perkara yang kita lakukan, diri kita sendirilah yang menerima hasilnya. Hukum Alam atau "Law of nature" adalah perkara yang tidak terlepas untuk setiap orang. Hanya orang yang tidak memandang Hak Tuhannya sahaja menggelarkan ia sebagai "hukum alam". Sebab hukum alam adalah sebenarnya hukum yang telah Tuhan tetapkan. Dengan kata lain hukum alam adalah hukum Tuhan. Kitalah yang memilih ketentuan diri kita.

Oleh kerana hakikatnya manusia adalah makhluk yang paling mulia dan paling sempurna, paling bebas, paling berdikari serta paling merdeka, maka manusia sendirilah yang membentuk dirinya. Selari ataupun tidak selari pegangan hidup, niat, perkataan, atau perbuatan kita sehari-hari terhadap kehendak Tuhan kita sendiri, maka diri kita jualah yang menerima akibatnya.

Menjalani hidup ini samalah dengan membentuk diri pada hari kemudian, iaitu membentuk diri selepas mati. Ramai yang tidak menyangka bahawa ia sedang mencorakkan dirinya sebagai seekor ular, atau babi, atau anjing, atau apa sahaja yang bukan manusia sesuci seperti ia masih bayi yang baru lahir. Kesimpulannya, menjalani hidup sebagai manusia mestilah sentiasa berwaspada, kerana peluang menjadi manusia di muka bumi ini hanya sekali , dan tidak lebih dari sekali.

Ruby Rings with alloy and bronze/Batu Delima Burma asli

Saiz Cincin = 19
Saiz Permata = 12.5 x 10 x 4.5



HARGA = RM 350

Isnin, Januari 05, 2009

Alexandrite (Synthetic) Silver Ring

Saiz Cincin = 19.5
Saiz Permata = 12 x 10 x 5 mm



HARGA = RM 170

Ahad, Januari 04, 2009

Adab Berkawan

Kadang-kadang dalam pergaulan sehari-hari, kita lupa dengan siapa kita bercakap, walaupun kawan yang kita rasa sudah biasa, gurauan kita perlulah ada batasannya. Jika kita rasa itu tidak boleh kita kawal, lebih baik kita bercakap perkara yang dirasakan perlu sahaja. Kerana itu akan lebih menimbulkan rasa saling hormat-menghormati.

Moss Agate Silver Ring/Asli

Saiz Cincin = 24
Saiz Batu = 21 x 16 x 11



HARGA = RM140

Sabtu, Januari 03, 2009

Marjan/coral Alloy Ring




Ring Saiz = 15.5
Saiz Permata = 14 x 11 x 6 mm
CATATAN:
Batu ini dipercayai tidak asli









HARGA = RM 180





Sejenak Bersama Tukang Permata

Assalamua'laikum dan jumpa lagi.

Petang tadi saya ke Kota Bharu kerana menempah atau mencanai batu permata. Tempat ini adalah di antara yang tersohor bagi saya. Kerana tukang canainya, En. Korie adalah di antara tukang canai permata yang berpengalaman. Jika saudara berhajat mendapatkan hasil canai yang berkualiti, saya mengesyorkan pergilah ke alamat ini, bertempat di Arkid UDA, di tengah pusat bandar Kota Bharu.






Biasanya beliau bekerja 6 hari dalam seminggu kecuali hari Jumaat.


Jarang ahli cincin dan batu permata di Kota Bharu yang tidak kenal dengan En. Korie dalam foto ini.















Petang ni saya sempat menempah 5 permata Marjan(Coral) putih, 6 Marjan merah, 10 kayu teras Gemungal Pulau, 5 Petersite, dan 3 Pancawarna. Minggu ini saya harap dapat disiapkan.





Terpaksalah berpenat sikit. Sebab bukan saya saja nakkan tempahan. Malah tempahan orang lain jauh lebih banyak daripada saya.





Alat membentuk batu permata yang dibeli dari Bangkok, Thailand.













Jumaat, Januari 02, 2009

Big Agate Silver Ring

Saiz Cincin = 25
Saiz Batu = 27 x 20 x 8 mm
Harga = RM 150



Khamis, Januari 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum
Semua pembaca yang budiman....

Di tahun baru, azam baru. Semangatpun Baru. Pendek kata semuanya bertukar ke arah baru. Cuma satu saja yang semakin lama...."Umur".

Bagi orang yang bekerja samada penjawat awam atau swasta, mungkin tahun ini rezeki semakin bertambah kerana pangkat akan naik, bersyukurlah.
Persoalannya kenapa kita bekerja?, Sudah pasti kerana untuk menjalankan amanah hidup sebagai manusia. Tapi dalam melakukan setiap kerja tidak semestinya untuk duit semata-mata.

Sebenarnya jika direnung dalam-dalam, ada banyak perkara yang bermanafaat atau yang berkebajikan untuk diri kita semasa bekerja. satu daripadanya ialah apabila kita memerhatikan anugerah pergerakan badan kita, setiap masa dan ketika selagi kita sedar. Dari mana semua tenaga badan yang kita perolehi itu ?.
Jawapan rakan mungkin berbeza-beza. Perhatilah lagi...
Apakah sebenarnya Ia?.

Agate Silver Ring

Saiz Cincin = 22
Saiz Permata = 18 x 11 x 5 mm
HARGA = RM 150