Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Jun 14, 2009

Harga cincin tempahan

Mungkin ada di kalangan penempah cincin atau peminat yang kurang biasa dengan barang tempahan. Harga tempahan mungkin terasa sikit lebih mahal daripada biasa.

Buat makluman para peminat cubalah bayangkan barang stok lama saya yang telah dibuat 1 atau 2 tahun yang lalu. Samada percaya atau tidak, biasanya sekali sessi tempahan pada masa itu adalah di antara 20 hingga 50 unit cincin. Harganya memang murah kerana tempahan ini kurang berkualiti. Harga perak atau aloi pada masa itu juga lebih rendah. maka dapatlah saya menjualnya dengan harga yang lebih rendah. Ini tempahan tempat biasa untuk keluarkan cincin dalam masa yang cepat dan pukal.

Tapi cubalah bayangkan apabila saya menerima tempahan dari peminat, yang sudah tentu mengharapkan hasil kerja tangan yang lebih berkualiti. Tentulah saya menempahnya di tempat lain yang tukangnya lebih mahir dan dapat menghasilkan pelbagai jenis material cincin, samada perak, aloi, suasa ataupun emas. tidak semua tukang boleh memenuhi kehendak ini. Begitu jugalah dengan upah yang seharusnya dibayar. Memang 2 kali atau 3 kali lebih mahal daripada tukang biasa. Itu belum dikira lagi jenis yang susah dibuat atau kompleks.

Saya terpaksa memberitahu hal ini untuk mengelakkan kekeliruan penempah. Oleh itu berfikirlah dulu sebelum membuat tempahan.

Tiada ulasan: