Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, April 25, 2009

Kulit tanpa isi, hampa. Isi tanpa kulit, binasa.

warna biru dan merah


Jika rakan dah ada banyak cincin, Salah satu bekas yang dipamerkan ini adalah sesuai digunakan. Harap mudahlah nak menyimpan atau mengambilnya. Tidaklah ambil masa lama mencarinya, apa lagi bila nak "Control Handsome" jari manis tu.

Salam Kepada Semua Pembaca.

Kadang-kadang apa yang hendak ditulis terasa memahitkan. Mungkin ada yang marah dengan tulisan saya kali ini, Awal-awal lagi saya mohon banyak-banyak maaf. Kerana intonasi perasaan kadang-kadang perlu ditinggikan demi meningkatkan EQ (emotional quotient ). Garang saya pada hari ini bukan berkaitan dengan wang, kerugian atau keuntungan dunia, tapi lebih dari itu.

Kata orang jika pelaburan kecil, biasalah untungnya kecil juga. Kata nelayan berpengalaman, jika nakkan ikan besar, umpannyapun haruslah besar juga. Begitulah dalam kehidupan menuju kematian. Jika mahukan hasil yang lebih baik, kerja keras haruslah diutamakan. Hidup jika buat main-main, hasilnya juga kurang bermakna. Yang paling takut jika ia menjadi sangat tidak bermakna. Apatah lagi jika mendapat penyesalan yang tidak sudah-sudah, khususnya apabila nyawa berada di hujung kerongkong. Kerana sepanjang hidup sukar memahami serta menghayati bahawa Tuhan tidak menjadikan manusia untuk sia-sia. Tanyalah diri dan renunglah lagi....

"If you continue to do what you have always done, you will always get what you've always got"....Falasafah!, Falasafah!....

Tiada ulasan: