Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, April 29, 2009

KELEBIHAN PERMATA DELIMA (RUBY GEM)

Batu Delima atau Ruby (Corundum)
Kandungan Kimia = Aluminium(III)oksida = AL2O3 (*no 2dan 3 adalah angka subscript)
Warna = merah, merah-ungu
Negara Asal = Burma, Australia, Brazil, Tanzania(Benua Afrika), Sri Langka, Thailand dan India.
Kekerasan;Hardnest = 9 (Nota: paling keras ialah berlian/diamond: H = 10)

Merupakan salah satu "Raja Batu" yang tersohor. Berdasarkan pengalaman manusia, mengamalkan pemakaiannya dipercayai membekalkan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1) Menikmati kesihatan, kekayaan, kebebasan dan memiliki nilai atau hubungan cinta
yang baik
2) Menikmati kekuatan, kecerdasan, kerancakan, serta semangat badan yang lebih baik.
***Disarankan kepada mereka yang selalu merasa
lemah-lemah badan, selalu keletihan dan kelesuan. Namun tidak digalakkan kepada
mereka yang bersifat garang atau bengis serta berdarah gemuruh


Ia juga merupakan "batu kebahagiaan", yang dipercayai mengekalkan hubungan cinta serta meneguhkan kestabilan ekonomi.

Selain itu ia juga dikenali sebagai "batu kesuburan". Sangat digalakkan kepada wanita mengandung. Ini dipercayai akan menambahkan rasa selesa semasa mengandung, mengekalkan kesihatan si ibu serta kandungannya (Sebaik-baiknya dipakai dalam bentuk cincin atau loket)

Kelebihan Delima Star;

Memperbaiki rasa kemakmuran dalam diri. Bila kurang bermaya atau keletihan, ia mencetuskan spak kekuatan baru badan.

Kelebihan-kelebihan dalam bentuk fizikal dan kesihatan badan, biasanya akan dirasai oleh mereka yang mengamalkan pemakaian batu delima yang sesuai dengan diri masing-masing. Kerana ia memang menghasilkan terapi getaran warnanya, seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Bagaimanapun berkaitan perkara mistik pada batu yang dipercayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu, adalah lebih berdasarkan kepada pengalaman manusia setempat atau bangsa tertentu.

Bagi orang Islam, suatu hal yang penting untuk menjaga apa-apa juga jenis batu permata; Seelok eloknya janganlah kita membawanya bersama masuk ke dalam tandas (seolah-olah menjaga kereta supaya kelihatan sentiasa bersih dan menyegarkan pandangan, ia selalu dilap atau dipolish), atau ke tempat maksiat. Apatah lagi melakukan maksiat. Dipercayai kekuatannya akan menurun atau hilang. Ia juga makhluk yang dipercayai senantiasa berzikir kepada Tuhannya dengan caranya tersendiri. Hukum hakam agama perlulah dijaga sebaik mungkin, bukan kerana memakai batu dan mahu mendapatkan kelebihan atau mengharapkan kekuatannya agar semakin bertambah. Tetapi dilakukan dengan ikhlas terhadap Tuhan.

PERHATIAN!!!
TIAP-TIAP SESUATU KEWUJUDAN BUKAN UNTUK MENAMBAHKAN KESYIRIKAN, TETAPI UNTUK MEMANTAPKAN KEIMANAN. DIHARAP BEGITULAH HENDAKNYA....

SELAMAT

Tiada ulasan: