Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Mac 07, 2009

PEMILIHAN BATU PERMATA MENGIKUT TERAPI GETARAN WARNA

ASSALAMUALAIKUM DAN JUMPA LAGI.


Kali ini kita akan membicarakan mengenai pemilihan batu permata mengikut Terapi Getaran Warna (Colour Vibration Therapy), yang berdasarkan kedudukan kita dalam nombor adik beradik dalam keluarga. Atau berdasarkan bilangan kedudukan kita dalam keluarga, samada sulong, nombor dua, nombor tiga dan seterusnya.

Perasaankah kita tentang warna yang biasanya berbeza yang diminati dan menjadi pilihan dalam satu kumpulan adik beradik. Atau cubalah tanya diri kita sendiri, warna apakah yang menjadi kesukaan dan pilihan kita. Tentu rakan ada jawapan yang tersendiri tentang warna kesukaan rakan. Cuba pula ingatkan warna yang kita kurang minati, juga biasanya ada jawapannya.

Sebenarnya peranan warna adalah mempengaruhi kehidupan dan perasaan kita, samada rasa selesa, atau rimas, atau rasa bersahaja. Begitu juga perasaan orang yang melihat kita, warna pada pakaian kita seperti baju dan sebagainya akan mempengaruhi perasaan mereka. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan peranan warna pada pakaian kita seharian akan mempengaruhi keserlahan dan kejatian diri kita.

Mengikut kajian getaran warna, setiap orang mempunyai kesesuaian warna semulajadi masing-masing. Namun, pada ada masa tertentu terdapat ganguan getaran warna, menyebabkan kita rasa kurang sesuai dengan warna kesukaan kita pada masa tersebut. Namun, kita masih ada pilihan warna lain untuk penyesuaiannya.

Jika tak silap ingat saya, berikut adalah warna semulajadi sesaorang serta warna pilihan yang perlu dipilih apabila terdapat ganguan getaran warnanya;

Nombor adik-beradik dalam keluarga: Warna semulajadi: Pilihan warna pertama//kedua bila ada ganguan warna adalah seperti berikut;


Sulong(1),5, Biru: Merah//Oren
9,13 dan
seterusnya

2,6,10 dan .... Hijau :Kuning//Merah

3,7,11 dan ..... Merah Jambu(?): Hijau//Kuning

4,8,12 dan .... Putih : Putih


Tanda (?) untuk merah jambu/pink adalah merupakan fakta yang saya rasa was-was. Jadi cubalah rakan semak hal ini ditempat lain pula untuk pengesahan.

Sebaik-baik bahan yang kita nak gunakan sebagai pakaian pula, samada batu permata, kain dan sebagainya eloklah dari jenis yang tulen. Tapi pada hari ini, hal demikian menjadi semakin kurang popular. Lihat sahaja contohnya, berapa ramai yang suka gunakan kain kapas tulen sebagai pakaian, berbanding kain kapas campuran atau kain jenis terbitan. Pendek kata, manusia adalah makhluk jenis yang fleksibel, berteknologi dan berdayamaju serta dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai zaman.

Kesimpulannya, cubalahlah dapatkan batu permata dari jenis tulen yang warnanya sesuai dengan diri kita, agar bajet kita dalam hal ini sekurang-kurangnya menyerlahkan kejatian diri kita dan diharapkan ia tidak menjadi pembaziran.
Catat Ulasan