Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Disember 31, 2008

Ruby (heat) Silver Ring

Saiz Cincin = 17
saiz Permata = 13 x 7 x 4 mm
Harga = RM 180






Sedikit Renungan Untuk Akhir Tahun 2008

Dalam hidup sehari-hari, kadang-kadang kita lupa. Kita "menganggap" orang lain melihat kita "orang baik", kita rasa sudah jauh lebih hebat, dapat mengawal segala keadaan untuk kepentingan kita. Kononnya dah jauh meninggalkan orang lain di belakang, dan berada pada tahap yang kita istilahkan "maju". Tetapi sebenarnya dalam masa yang sama kita tidak sedar orang di belakang tu sedang tersenyum sinis melihat gelagat kita yang dapatlah diistilahkan sebagai "tolol".... Cubalah renungkan takut-takut ada kebenarannya.

Selamat menghitung diri sebelum dihitung.

Selasa, Disember 30, 2008

Renungan

Semasa kita lahir, badan dibawa bersama, hanya kita yang menangis, sedangkan semua orang di sekeliling kita senyum dan gembira. Sebaliknya, semasa kita mati, badan ditinggalkan, kaku dan bisu, sedangkan semua orang di sekeliling kita menangis dan bersedih.
Siapa kita orang pandang ?
Siapakah pula kita di sisi Tuhan ?
Apa sebenarnya yang kita bawa ?

Warna Batu Permata Dan Hubungannya Dengan Terapi Getaran Warna

Terapi getaran warna (Colour vibration therapy) merupakan salah satu cabang ilmu yang dikaji untuk tujuan perubatan. Jika kita berminat, kita boleh mempelajari bidang ini, malah melanjutkan pengajian ini sehingga ke peringkat Ph.D. Di antara perkara penting dalam pengkajian ini ialah warna mempunyai jarak gelombang dan frekuensi tertentu. Ia boleh memberikan kesan keseimbangan kepada sistem badan. Begitu jugalah halnya dengan warna pada batu permata. Selain itu batu-batan terdiri daripada gabungan bahan
kimia tertentu yang terbentuk secara semulajadi, biasanya oleh kesan luluhawa(mampatan/tekanan dan suhu dalam suatu tempoh yang sangat lama).

Soalan: Apakah kesan memakai permata kepada kita?.
Sebenarnya ia memberikan kesan perubatan yang sesuai kepada badan kita jika pemilihan permata yang dipakai adalah betul.

Soalan: Bagaimanakah permata memberikan kesan perubatan ?
Batu menyerap gelombang cahaya daripada matahari atau punca cahaya lain. Apabila kita memakai permata tersebut, Gelombang atau getaran warna daripadanya diserap oleh badan kita. Ini memberikan kesan tertentu kepada bahagian badan kita, samada kepada organ seperti jantung, sistem seperti saraf atau aliran darah, dan sebagainya. Kesan getaran ini akan menstabilkan semula sistem dalam badan. Contohnya sesaorang yang mempunyai tekanan darah rendah, boleh meninggikan balik tekanan darahnya dengan mengamalkan pemakaian batu Garnet.

Kita ambil satu lagi contoh secara terperinci tentang batu permata, kandungan bahan kimia semulajadi, dan warnanya, serta kesan kesihatan yang boleh dimanfaatkan;
Firuz (Turquoise):
Kandungan kimia- CuAl6(PO4)4(OH)8.4(H2O): Copper(1),Aluminium
(6),Hidroksid(8),Air(4 molekul)-huruf condong adalah angka subscrib(kecil)
mewakili bilangan atom atau sebatian: menghasilkan warna
hijau/kehijauan atau biru/kebiruan + hitam/keemasan (pyrite).
Kesan:
Menguatkan serta membetulkan semula alingment badan,
mengimbangkan sistem saraf dan sistem peredaran darah, membantu melegakan pernafasan dan sangat baik untuk pesakit asma, juga membantu mengurangkan kesakitan kerongkongl.
Sebab itulah kita perhatikan ramai di kalangan orang yang lebih berusia meminati batu jenis Firuz. Orang melayu yang tahu hal ini menganggap Firuz adalah batu jagoan lelaki.

Isnin, Disember 29, 2008

HOBI: Mengumpul cincin dan batu permata (sambungan)

Apa yang paling penting di dalam kita memutuskan atau melakukan sesuatu pastilah dijuruskan oleh keyakinan. Keyakinan pula mestilah berasaskan ilmu. Ilmu banyak pula tahapnya!. Bukanlah niat saya berceramah di sini, tapi oleh kerana hal ini melibatkan akidah, maka tertulislah perkara-perkara yang kelihatan agak meleret.

Pemakaian batu permata dalam apa jua bentuk boleh juga dilihat dari sudut kelebihan terapi getaran warnanya. Kelebihan bahan batu-batuan digarapkan dengan warna berasaskan pembuktian saintifik, adalah lebih menyakinkan kita.
Bagaimanapun pada umumnya, peminat batu memakai batu permata adalah mengikut pengalaman orang lain, khususnya orang yang lebih arif dalam hal tersebut. Jika ditolak campur darab bahagi, "pengalaman" kerap kali memenangi pembuktian saintifik dalam pengamalan kehidupan kita seharian.

NATURAL CITRINE SILVER RING

Saiz cincin = 18
Saiz Permata = 9 x 7 x 5 mm

HARGA = RM 250





Silver Ring With Blue Stone

Saiz Cincin = 21
Saiz batu = 13 x 10 x 5
HARGA = RM 130 (Termasuk tambang)







Ahad, Disember 28, 2008

Pemilihan Batu Permata mengikut Bulan Kelahiran

Di timur pemilihan permata biasanya berasaskan kepada kepercayaan setempat atau kelebihan mengikut kepercayaan kaum. Contohnya kaum Melayu lebih meminati batu akid, kaum Cina pula sangat menghargai batu jenis Jade.

Namun hal ini berlainan pula jika di barat. Mereka umumnya memilih batu berasaskan bulan kelahiran. Namun pendedahan pengetahuan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kita di dalam memilih jenis batu yang hendak dipakai. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan berkaitan hal ini. Berikut adalah hubungan bulan kelahiran dengan jenis batu permata yang dipilih;

Bulan kelahiran - Jenis Permata

Januari - Garnet/Garnet
Februari - Kecubong/Amethst
Mac - Aquamarine atau Bloodstone
April - Berlian/Diamond
May - Zamrud/Emerald
Jun - Mutiara, Batu bulan, Alex /Pearl,Moonstone,Alexandrite
Julai - Delima/Ruby
Ogos - Zabarjad/Peridot
September - Nilam/Sapphire
Oktober - Opal/Opal @ Pink Tourmaline
November - Topez?Topez @ Cempaka/Citrine
Disember - Firuz/Turquoise @ Zirkon/Zircon

Bagaimanapun terdapat banyak lagi kaedah lain yang digunakan untuk pemilihan batu permata.

Moonstone (Natural) Silver Ring

Saiz Cincin = 20
Saiz Permata = 17 x 14 x 8 mm
HARGA = RM 200

Jumaat, Disember 26, 2008

Natural African Ruby













Saiz Cincin = 21
Saiz Permata = 11 x 8.5 x 5 mm

Harga = RM 360 termasuk kos pengangkutan

HOBI : Mengumpul Cincin Dan Batu Permata ( Sambungan 2 )

Apakah di sebalik cincin yang kita pakai sebenarnya?. Begitu juga apakah di sebalik ubat yang kita makan bila sakit?, apakah di sebalik nasi yang kita makan bila lapar?, atau apakah kelebihan di sebalik sayur-sayuran yang kita makan bersama nasi?. Adakah cincin itu berfaedah sifatnya?, atau ubat itu sifatnya menyembuhkan?, atau sifat nasi mengenyangkan?, atau sifat sayur-sayuran memiliki pelbagai vitamin untuk kesihatan?.

Kita ambil "makan nasi" sebagai contoh perbincangan.Bila kita makan nasi kita rasa kenyang. Tapi adakalanya bila kita makan nasi, terasa macam tak kenyang. Siapa yang memberitahu kita pasal rasa kenyang atau tidak kenyang tadi?. Siapakah pula sebenarnya yang mengenyangkan atau yang melaparkan kita. Renunglah......

Setiap perkara atau benda yang Tuhan jadikan di alam maya ini memang untuk manusia. Tetapi sebagai manusia sangat perlu berwaspada di dalam membina aqidah, membetulkan aqidah yang benar dan mengikis aqidah yang salah, serta menyuburkan aqidah yang sudah sedia ada. Kenapa?, kerana aqidahlah merupakah perkara yang paling penting untuk menuju kematian.

Sebab itulah para rasul diutuskan, Masyitah sanggup mati di dalam kawah fira'un, ribuan nabi sanggup mati di zaman kezaliman bangsa Yahudi pada suatu zaman dahulu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup berkorban di dalam peristiwa "Qurban", serta banyak lagi contoh-contoh yang perlu diteladani dan disempadani.

Begitulah sindir Allahyarham Tan Sri P.Ramli kepada manusia sejagat tentang konsep, supaya mentaati "Raja Sebenar Bagi Diri Kita" dalam lagunya..... "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera, sejati dan mulia".........di dalam cerita "Hang Tuah", walaupun ia kelihatan seperti seorang yang bodoh. Ingat!, Tan Sri P.Ramli bukanlan manusia biasa yang saja Tuhan jadikan. Bagi saya beliau mengingatkan kita yang sering "lupa". Beliau dengan tugas hidupnya dan bagi saya beliau adalah seorang yang berjaya. ...bersambung...

Khamis, Disember 25, 2008

HOBI : Mengumpul Cincin Dan Batu Permata ( Sambungan )

Pada awal tahun 90'an, boleh dikatakan saya pantang melihat orang menjual cincin, sekurang-kurangnya pasti saya masuk menjenguk. Tapi pada masa itu hati saya suka sangat pada permata jenis Akib ( Agate ). Melalui bertahun-tahun masa, minat saya pada batu jenis lain makin bertambah. Di antaranya termasuklah Delima(Ruby), Zamrud(Emerald), Tourmaline, Intan Baiduri(Diopside), Sapphhire(Nilam) dan lain-lain. Pada masa itu sudah agak banyak jenis batu dan cincin yang telah saya kumpulkan.

Bagaimanapun hal ini telah disedari oleh seorang "abang" saya yang juga seorang yang sangat arif pasal batu permata. Dia sendiri pengumpul batu permata malah jauh lebih banyak dari saya. Dia tahu kelebihan dan kekurangan serta kegunaan setiap batu yang dia pegang. Jadi pada masa itu dia merupakan rujukan utama saya apabila saya nak tahu kelebihan atau "mistik" pada sesuatu batu permata. Bagaimanapun rezeki saya dalam hal ini tidak lama. Abang saya telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004. Di antara perkataan abang saya yang masih saya ingat hingga ke hari ini ialah; "Zi, Janganlah habiskan duit dalam membeli batu permata sahaja. berjualanlah juga dengannya". Sejak masa itulah saya membeli, menjual, membeli, menjual hinggalah ke hari ini.

Pasal "mistik" pada batu tu janganlah beria-ia sangat. Sesetengah orang memang sangat mempercayainya, terutama kaum Cina.tapi diharap janganlah kita menjadi pensyirik dek batu permata pula!. Sebab syirik itu mudah sangat boleh berlaku pada sesaorang. Bayangkanlah bayangan Rasulullah S.A.W, "Syirik" pada tahap yang sangat halus "ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam gelap gelita" (Auqamaqal), bagaimanakah kita nak melihatnya. Bermakna kita tidak boleh berfikir semata-mata. Ambillah masa memerhatikan "Hati" dan "Rasa" sambil berfikir dan berzikir, berzikir dan berfikir, serta sentiasa disusuli dengan doa agar Tuhan mengurniakan "HidayahNya" agar kita tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidah menyedari diri, tidak tahu dek untung kurniaan Allah, nama bagi Zat Wajibalwujud Khaliqul A'lam....... (Bersambung).....

Rabu, Disember 24, 2008

Coral silver ring

Saiz cincin =17
Saiz Permata = 11 x 10 x 5 mm

Harga = RM 150 (termasuk kos pengankutan)

Catatan:
Keaslian batu diragui





PERIDOT / ZABARJAD


Cincin Aloi berasaskan perak

Saiz cincin = 20

Saiz Batu = 25 x 16 x 7 mm


HARGA = RM 250















SOLD

Selasa, Disember 23, 2008

Zircon pink & colourless - Heat





Ring size = 21
Gem size = 22 x 10.5 x 6 mm
Ring material = Alloy based on silver

Price = RM 450

_________
___SOLD__

Yellow greenish topez - SOLD on 29/5/09


Saiz cincin = 17.5
Saiz batu = 13.5 x 9 x 8 mm
Tema;
RINGKAS TAPI MENARIK
Harga = RM 300







SOLD ON 29/05/09

Untuk Perhatian Saudara Hafiz Dari Kelang

Salam Saudara Hafiz.



Saya minta maaf, sebab buat masa ini, kebanyakan batu Delima dan Nilam Burma sedang di ikat. Gambar bawah ni Delima burma 20.5 cts. Tapi cahaya yang kecil di sebelah kiri lebih cantik

Sokongan Terhadap Blog Cincin-Rings

Salam untuk rakan dan sahabat.
Terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan yang tidak henti-henti tanpa jemu. Segala nasihat dan sokongan semua rakan dan sahabat membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk cuba tambah baik ruangan blog ini, walaupun terdapat kekangan tertentu yang sudah dikenalpasti. Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak saya muatkan di blog ini. Contohnya ruangan aksesori lain seperti jam tangan dan herba. Tapi saya takut ruangan blog ini akan menjadi kelihatan berselerak, dan pengunjung akan rasa agak bosan untuk mencari apa yang dikehendaki. Saya masih memikirkan bagaimanakah kaedah supaya jika saya muatkan ruangan tersebut ia akan kelihatan kemas. Kalau boleh biarlah nampak macam "mini market" dulupun jadilah!

S E L A M A T

Isnin, Disember 22, 2008

Terima kasih sahabat

Tidak sia-sia saya menalifon sahabat tengah hari tadi. Rupanya banyak tips yang berguna telah disampaikan oleh beliau berkaitan dengan blog. Saya harap saya termasuk di dalam golongan orang yang mahu mengikut nasihat. T E R I M A K A S I H

Stok Cincin Jasper


Semua ini adalah Famili batu Jasper asli yang di beli dari Mesir. Merupakan di antara cincin yang murah dalam stok saya. SAIZ CINCIN = 19.5. PERHATIAN: JUALANNYA ADALAH BUKAN BERTUJUAN MENJUAL CINCIN, TETAPI MENJUAL BATU JASPER ASLI. UNTUK TUJUAN MEMINIMAKAN KOS PENGANGKUTAN, SAYA SYORKAN IA DIBELI BERSAMA BARANGAN LAIN DALAM BLOG INI. Harga ;
Satu - RM 15
Dua - RM 25
Tiga - RM 35
Empat - RM 45
Lima - RM 50
Kos penghantaran = RM 10

HOBI : Mengumpul Cincin dan batu permata

Perkara yang tidak saya sangka sama sekali akan akan berlaku dalam hidup ini adalah berkaitan dengan meminati dengan batu permata. Semasa belajar di kampus ( USM ) di sekitar akhir tahun 80'an dulu, batu permata merupakan perkara yang sangat asing kepada saya. Apatah lagi sebagai student universiti katakan, terasa ada ramai kawan yang bijak dalam pelbagai bidang dan agak tinggi jugalah "egois" pada masa itu. Sehingga melihat orang memakai cincinpun ada kawan saya yang menganggap mundur dan kampungan, Saya juga turut terikut-ikut.

Itulah dunia pelajar dengan usia yang masih muda, terasa hebat tapi sebenarnya jauh terkongkong di dunia tersendiri yang tidak nyata. Terasa hebat tapi jauh dengan kehidupan masyrakat sekeliling. Malu nak luahkan apakah perasaan saya kini berkait dengan "aku seorang pelajar universiti" di masa dulu-dulu. Kesimpulannya selagi kita terasa kita hebat, sebenarnya kita semakin jauh dari kehebatan sebenar.

Berbalik kepada minat mengumpul batu permata serta cincin tadi, sebenarnya ada ceritanya yang tersendiri yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum. Bagaimanapun bibit-bibit meminati batu permata ini bermula di awal tahun 90'an. Ia seolah-olah mendedahkan naluri saya kepada sifat "keindahan" . Seoalah-olah dengan melihat permata, tercuit pada perasaan saya... wah! indahnya.... , dan mulalah saya mencari dan menilai erti keindahan. Sedikit-sedikit dan hinggalah ke hampir semua dimensi kehidupan saya.

Banyak lagi yang hendak saya tulis di sini, tetapi kekangan masa dan suasana memaksa saya menoktahkannya di sini dulu. Harap dapat disambung lagi. Sekian.
Wassalam

Sabtu, Disember 20, 2008

Stok untuk dijual secara runcit atau borong



Semuanya adalah batu asli.
Saya harap ada ruang masa untuk pamerkan satu persatu nanti

Dalam tempahan saya banyak lagi sedang disiapkan Yang belum dipamerkan masih banyak 
Stok # 7

Atas no. 2 dari kanan:
SOLD on 26/12/08





banyak dah jual tapi tak sempat edit




Stok 6 - Brumese Saphhire & Rutile




Jualan borong, atau runcit,Silakan!
Sebenarnya banyak lagi cincin dalam simpanan saya untuk dijual kepada rakan atau pengunjung blog ini.



HARGA : RM 100 - RM 200 satu

Sedia untuk diborong




Stok # 5..... juga untuk jualan secara runcit

Harg; RM 120-rm 200

Cincin untuk dujual secara borong

Stok  4
Harga RM 100-RM 150 satu
Sila hubungi Saya Melalui E-mel Untuk Tawar Menawar!.


Tapi jika tiada pemborong ia akan dibuka untuk jualan secara runcit.Semuanya adalah batu Citrine / Cempaka asli, dengan ikatan
asas Tangkai Kendi dengan pelbagai saiz.
Dari atas kiri ke kanan 1, 2, 3, 4,5
Dari bawah kiri ke kanan 6, 7, 8, 9, 10


No 5 & 9 - telah dijual

Maklumat Buat Sahabat dari Bachok

Beginilah, bila baru bermula buat blog. Agak merangkak terutamanya apabila ada masalah komputer. Mula-mula streamyx terlalu slow ( hari ini 19/12/08 dah masuk hari ke lima ia slow ), lepas tu masalah my netbook problem to send e-mel. Akhirnya masalah PC di rumah selalu down 2 jam on lepass tu ia auto down, pelik kerana tak pernah kena. Bagaimana nak atasi ini ye ?. Jika ada sesiapa terbaca, boleh tolong bagi komen ye !

S E L A M A T M E M B A N T U

Isnin, Disember 15, 2008

Contoh Kad Pengesahan Batu Permata Tulen


Biasanya jika kita membeli batu permata yang tulen dan berkualiti serta nilaiannya agak tinggi, terutamanya dari kedai-kedai permata yang tersohor, Sijil atau Kad akan disertakan. Ini satu daripada contoh kad itu.

Batu permata Zamrud Colombia tulen yang disahkan oleh sebuah makmal Jepun di Bangkok, Thailand untuk kad ini berharga sekitar
RM 6,500 pada tahun 2007.


Harga batu (yang asalnya tiada sijil) akan menjadi lebih mahal jika kita meminta sijil dikeluarkan untuk pengesahan ketulenan batu tersebut. Ini kerana kos pegesahan melibatkan bahan kimia yang biasanya diimport dari US. Ia pula dilakukan oleh hanya kedai yang bertauliah
sahaja.

Rabu, Disember 10, 2008

Peranan Tangan Kiri

Masyarakat Melayu umumnya beragama Islam. Di dalam Islam, perbuatan yang kurang menarik dilakukan dengan menggunakan tangan kiri. Mungkin kurang sedap didengar dan menjijitkan jika kita cuba menyatakan secara terperinci tentang perkara yang sunat dilakukan dengan tangan kiri. Umumnya orang Melayu amat arif dalam hal seperti ini. Bagaimanapun bagi mereka yang menghargai anggota yang sangat penting ini, biasanya akan menyarungkan dengan sebentuk cincin di jari manis, tangan kiri. Cuba perhatikan. Lagipun bagi mereka yang bukan kidal, menyarungkan cincin di tangan kiri akan melambatkan kerosakan cincin itu sendiri.

Selamat....

Selasa, Disember 09, 2008

Emerald (Colombia) Ring RM 550

SOLD ON 24/12/08
Di Kelantan ukiran ini dikenali dengan nama cincin bentuk jala. Ia di sulam dengan berlian Swiss kualiti AA. Sesuai untuk mereka yang tidak menggemari suasa. Ia di hasilkan dengan menggunakan aloi kualiti tinggi.

Batu Zamrud asli Colombia. Design ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja di pejabat dengan gaya kemas.
Saiz cincin: no 17-------
SOLD
-------

"Cincin" famous websites, Examples of..

Rings and Jewelry

www.Calibex.com/rings Elegant Rings for Men and Women. Gold Rings, Diamond Rings & More.

Gold Navel Ring -

www.steelnavel.com Gold Navel Ring -.

o ring

o rings o rings

www.foreverubber.com/product

Industrial Gigabit Switch

Wide variety of fashionable Jewelry available on the internet today

www.bidz.com

Gold Rings

Buy or Sell Products Online? Find New Opportunities Here!

Sebagaimana acuan, begitulah bentuknya









Alat penting untuk penghasilan acuan lilin cincin


Hubungi saya (untuk tempahan pukal shj)






Cincin yang kualitinya masih bagus kerana peratus campuran perak dan alloy yang betul. Biasanya dihasilkan dalam jumlah yang banyak. kaedah menghasilkannya adalah dengan menggunakan acuan daripada sejenis lilin seperti di dalam foto sebelah. Untuk tujuan tempahan rakan atau anda yang mahu berniaga, saya harap akan dapat memenuhi permintaan. Bagaimanapun rakan hendaklah faham, bila sebut saja barang tempah, ia memerlukan lebih masa berbanding dengan barang siap.

Isnin, Disember 08, 2008

Tempahan buatan tangan sangat berkualiti


Contoh ikatan untuk tempahan rakan.
Alloy berasaskan perak, lebih keras, kilauannya tahan lebih lama. Disulam suasa dan bertatahkan berlian Swiss AA.

Ahad, Disember 07, 2008

BOLA

Salam Sejahtera dan jumpa lagi.

Sekarang ni musim bola, bola lagi, dan bola lagi.. Seorang tua di kaki bukit pernah berkata kepada abang saya "Jika tiada angin dalam bola, kita tak boleh bermain, dan jika tiada angin dalam pemain bola, lagilah tak boleh main". kanapalak ?, he..he..sebab kalau dah tiada angin dalam badan alamatnya dah expiredlah tu. Lebih kuranglah dengan kata-kata seorang confucious "If you breath you inspire, if you do not breath you expire". Saya rasa imej ini sesuai dipaparkan untuk renungan bersama.

Gambar ini membawa seribu makna. Pun begitu gambar ini amat sesuai untuk tatapan rakan sekelian. Kerana ia juga boleh membawa makna "HIDUP"(objek) dan "MATI"(bayang). Bukan nak berceramah kepada rakan yang sudah sedia arif, tapi sekadar mengingatkan "diri". Kerana Pesanan "Baginda" Kekasih Tuhan, "Orang yang bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak mengingati mati. Dan orang yang paling bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak bersedia

ke arah kematian"-Auqamaqal.

Dengan kata lain, Nak menuju kematianpun mestilah berilmu. Nak berilmu mestilah berguru. Memperolehi Ilmu pula banyak cara. Ada yang dapat dengan membaca sahaja, atau mendengar, melihat, mengeksperimen dan sebagainya. Tapi kata orang bijak pandai ilmu mentauhidkan Tuhan mestilah "dituntut", dan bukan ilmu yang "menuntut". Hai rakan, ini hanyalah sekadar asas maklumat sahaja, walaupun bagi sesetengah orang hal ini "kedengaran" nipis seperti kulit bawang !, mungkinlah ia penting bagi "budak" yang berminat. Saya sendiri melihat saya masih "budak" dalam hal seperti ini.

Special alloy ring with Petersite gem





Saiz batu=13x10x6 mm
Petersite Special Alloy based on silver

SOLD!