Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Disember 30, 2008

Warna Batu Permata Dan Hubungannya Dengan Terapi Getaran Warna

Terapi getaran warna (Colour vibration therapy) merupakan salah satu cabang ilmu yang dikaji untuk tujuan perubatan. Jika kita berminat, kita boleh mempelajari bidang ini, malah melanjutkan pengajian ini sehingga ke peringkat Ph.D. Di antara perkara penting dalam pengkajian ini ialah warna mempunyai jarak gelombang dan frekuensi tertentu. Ia boleh memberikan kesan keseimbangan kepada sistem badan. Begitu jugalah halnya dengan warna pada batu permata. Selain itu batu-batan terdiri daripada gabungan bahan
kimia tertentu yang terbentuk secara semulajadi, biasanya oleh kesan luluhawa(mampatan/tekanan dan suhu dalam suatu tempoh yang sangat lama).

Soalan: Apakah kesan memakai permata kepada kita?.
Sebenarnya ia memberikan kesan perubatan yang sesuai kepada badan kita jika pemilihan permata yang dipakai adalah betul.

Soalan: Bagaimanakah permata memberikan kesan perubatan ?
Batu menyerap gelombang cahaya daripada matahari atau punca cahaya lain. Apabila kita memakai permata tersebut, Gelombang atau getaran warna daripadanya diserap oleh badan kita. Ini memberikan kesan tertentu kepada bahagian badan kita, samada kepada organ seperti jantung, sistem seperti saraf atau aliran darah, dan sebagainya. Kesan getaran ini akan menstabilkan semula sistem dalam badan. Contohnya sesaorang yang mempunyai tekanan darah rendah, boleh meninggikan balik tekanan darahnya dengan mengamalkan pemakaian batu Garnet.

Kita ambil satu lagi contoh secara terperinci tentang batu permata, kandungan bahan kimia semulajadi, dan warnanya, serta kesan kesihatan yang boleh dimanfaatkan;
Firuz (Turquoise):
Kandungan kimia- CuAl6(PO4)4(OH)8.4(H2O): Copper(1),Aluminium
(6),Hidroksid(8),Air(4 molekul)-huruf condong adalah angka subscrib(kecil)
mewakili bilangan atom atau sebatian: menghasilkan warna
hijau/kehijauan atau biru/kebiruan + hitam/keemasan (pyrite).
Kesan:
Menguatkan serta membetulkan semula alingment badan,
mengimbangkan sistem saraf dan sistem peredaran darah, membantu melegakan pernafasan dan sangat baik untuk pesakit asma, juga membantu mengurangkan kesakitan kerongkongl.
Sebab itulah kita perhatikan ramai di kalangan orang yang lebih berusia meminati batu jenis Firuz. Orang melayu yang tahu hal ini menganggap Firuz adalah batu jagoan lelaki.

Tiada ulasan: